suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beban guru meningkat, kerja perkeranian pun kena buat... Ini ‘prompt’ AI mudahkan tugasan harian di sekolah

Penggunaan AI memudahkan urusan guru dalam RPH mahupun penghasilan soalan kuiz ringkas. -Gambar hiasan AI

KECERDASAN buatan (AI) kini bukan lagi sekadar digunakan untuk mencari maklumat, malah semakin menjadi 'pembantu digital' kepada golongan profesional termasuk guru.

Mereka bukan sahaja dapat menyediakan bahan pengajaran, malah berpeluang membina latihan untuk murid menggunakan reka bentuk grafik yang lebih menarik.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang guru dikenali sebagai Mariam berkongsi beberapa prompt AI yang boleh digunakan bagi mempercepatkan tugasan harian di sekolah.

Menurutnya, arahan tepat mampu membantu menghasilkan bahan yang lebih tersusun dan menjimatkan masa untuk golongan pendidik.

Walaupun AI mampu membantu mempercepatkan penyediaan bahan pengajaran, guru tetap disarankan menyemak setiap hasil yang dijana bagi memastikan kandungannya tepat, bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan memenuhi objektif pembelajaran.

Bahan pembelajaran yang lebih berinteraktif akan membantu menarik fokus murid. -Gambar hiasan AI

Bahan pembelajaran yang lebih berinteraktif akan membantu menarik fokus murid. -Gambar hiasan AI

Berikut lima kegunaan AI yang dikongsikannya:

1. Hasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan lebih cepat

Guru boleh meminta AI menyediakan rangka RPH lengkap mengikut topik yang diajar, termasuk hasil pembelajaran yang boleh diukur, aktiviti set induksi, penyampaian isi, penutup serta cadangan pentaksiran formatif.

Sila bina satu rangka Rancangan Pengajaran Harian yang padat untuk topik [Masukkan Topik]. Rangka ini perlu mengandungi Hasil Pembelajaran yang boleh diukur, tiga aktiviti utama (Set Induksi, Penyampaian, Penutup), dan satu kaedah pentaksiran formatif ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Penulisan terlalu ‘robot’, tak sedap dibaca... Ini 7 cara bagi arahan kepada ChatGPT, barulah artikel lebih ‘jiwa manusia’

2. Jana soalan kuiz beserta skema jawapan

AI juga boleh digunakan untuk menghasilkan soalan aneka pilihan (MCQ) mengikut tahap kesukaran yang dikehendaki, lengkap dengan skema jawapan bagi memudahkan proses penyediaan latihan.

Sila jana lima soalan kuiz aneka pilihan berserta skema jawapan untuk menguji kefahaman asas pelajar bagi topik [Masukkan Topik]. Strukturkan soalan mengikut aras kognitif taksonomi Bloom (Mengingat dan Memahami) menggunakan laras bahasa akademik yang jelas dan tidak mengelirukan.  

3. Tukarkan nota kepada komik pembelajaran

Bahan pembelajaran yang panjang boleh ditukar kepada bentuk komik bagi menarik perhatian murid dan pelajar sekali gus memudahkannya difahami.

AI juga boleh mencadangkan dialog serta penerangan ringkas bagi setiap panel.

Bertindak sebagai Pereka Grafik Pendidikan. Tukarkan nota kuliah ini kepada skrip komik 4-panel: [Tampal Nota]. Panel 1: Pengenalan watak & topik. Panel 2 & 3: Penjelasan langkah/konsep guna analogi visual mudah. Panel 4: Kesimpulan ringkas. Sediakan teks dialog dan deskripsi visual bagi setiap panel dalam bahasa Melayu akademik yang ringkas.

Penggunaan ChatGPT semakin meluas dalam kalangan pekerja termasuk golongan pendidik. -Gambar hiasan AI

Penggunaan ChatGPT semakin meluas dalam kalangan pekerja termasuk golongan pendidik. -Gambar hiasan AI

4. Cadangkan set induksi yang lebih interaktif

Anda yang sudah buntu memikirkan cara memulakan kelas boleh mendapatkan perkhidmatan AI untuk membantu memberikan beberapa idea set induksi yang kreatif, ringkas dan mampu menarik perhatian pelajar.

Sila cadangkan tiga idea set induksi yang interaktif dan berimpak tinggi untuk memulakan sesi pengajaran topik [Masukkan Topik]. Cadangan mestilah praktikal, mengambil masa kurang daripada 5 minit, dan berupaya menarik perhatian serta merangsang rasa ingin tahu pelajar secara serta-merta. 

5. Sediakan soalan refleksi atau pengukuhan yang bertepatan

Paling menarik, AI juga dapat membantu membina soalan refleksi atau 'exit ticket' bagi mengukur tahap kefahaman pelajar serta mengenal pasti topik yang masih memerlukan penjelasan lanjut.

Sila bina tiga soalan refleksi ringkas (Exit Ticket) untuk diberikan kepada pelajar pada 5 minit terakhir kuliah bagi topik [Masukkan Topik]. Soalan-soalan ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman kendiri pelajar dan mengenal pasti bahagian yang masih kabur sebelum kelas bersurai.

Artikel Lain