KEMAJUAN dalam dunia digital masa kini membuatkan masyarakat mula meminta bantuan daripada teknologi AI seperti ChatGPT.Daripada mendapatkan idea sehinggalah menyunting penulisan, AI dianggap sebagai 'penyelamat' bagi membantu menyelesaikan masalah seharian. Meskipun mudah dan cepat, namun ada antara kita masih mengeluh apabila hasil yang diterima tidak memuaskan.Bagi yang mengalaminya, cuba anda semak cara memberi arahan (prompt) kerana ia memainkan peranan besar terhadap hasil yang diterima.Salah prompt, maka salah jugalah hasilnya.Berikut antara cara prompt yang lebih efektif untuk meminta ChatGPT menyunting artikel anda sebelum teks disertakan dalam arahan.1. Penyunting profesionalMinta ChatGPT bertindak sebagai editor profesional yang menulis semula teks untuk membetulkan tatabahasa, tanda baca dan kejelasan ayat.Tambahkan juga prompt yang menegaskan pengekalan maksud asal walau struktur ayat dibaiki secara menyeluruh."Bertindak sebagai editor profesional dan tulis semula teks berikut untuk membetulkan kesalahan tatabahasa, ejaan, tanda baca dan kejelasan. Kekalkan maksud asal tetapi perbaiki struktur dan kebolehbacaan secara ketara".Kesilapan dalam memberi arahan kepada AI akan menyebabkan hasil yang diterima tidak memuaskan. -Gambar hiasan AI2. Tatabahasa dan nada penulisanArahan ini sesuai untuk mereka yang mahu tulisan kelihatan kemas dan yakin. Beri arahan kepada ChatGPT untuk membetulkan kesalahan tatabahasa dan menulis semula teks dalam nada profesional tanpa mengubah mesej asal."Betulkan semua kesalahan tatabahasa, ejaan dan ayat janggal dalam teks ini. Kemudian tulis semula dalam nada profesional yang kemas, yakin dan bebas kesilapan tanpa mengubah mesej asal".3. Gaya manusia dan bukan robotPrompt ini menekankan aliran ayat yang lebih semula jadi. Ia membantu menjadikan teks seakan-akan ditulis oleh penulis berpengalaman kerana penulisan lebih lancar, tersusun dan mudah difahami."Sunting teks ini supaya dibaca lancar dan semula jadi seperti ditulis oleh pakar. Betulkan tatabahasa, struktur ayat dan nada. Jadikan ia terasa mudah dibaca dan profesional".4. Kejelasan dan ketepatanSesuai untuk artikel panjang atau berat. Beri arahan untuk ChatGPT menyemak artikel secara logik, struktur ayat dan kejelasan mesej. Kemudian minta ditulis semula dengan gaya ringkas tetapi profesional."Semak teks di bawah daripada segi tatabahasa, kejelasan, logik dan struktur ayat. Tulis semula supaya ringkas, mudah difahami dan kelihatan profesional sambil mengekalkan maksud asal".ARTIKEL BERKAITAN: ChatGPT tak membantu seperti diharapkan? Ini rahsia dapatkan output memuaskan, prompt kena betul5. Penulisan formalKebiasaannya prompt ini digunakan untuk konteks kerja atau perniagaan.Fokusnya adalah pembetulan bahasa, ejaan dan struktur ayat dengan nada formal serta sopan, jadi nyatakan tujuan suntingan yang ingin dilakukan."Tulis semula teks berikut dengan tatabahasa, ejaan dan struktur ayat yang sempurna sambil mengekalkan nada formal dan profesional untuk kegunaan kerja".6. Mesra tetapi kemasPrompt ini menyeimbangkan dua elemen iaitu bahasa yang mesra dan bersahaja namun masih profesional. Sesuai untuk artikel lifestyle atau perkongsian umum."Betulkan semua kesalahan dalam teks ini termasuk tatabahasa, tanda baca, ejaan dan aliran ayat. Tulis semula dalam nada mesra, bersahajadan bersifat humor tetapi masih profesional".7. Kemas dan padatChatGPT diminta membuang ayat berulang, menguatkan mesej dan menjadikan penulisan lebih jelas serta mudah dibaca tanpa terlalu berjela."Tulis semula teks ini untuk membetulkan tatabahasa, buang pengulangan, tingkatkan kebolehbacaan dan kuatkan mesej. Kekalkan gaya ringkas, bersih dan profesional".