LOGAM emas merupakan aset mudah cair yang sering menjadi 'penyelamat' kebanyakan individu ketika berdepan masalah kewangan.Maka tidak hairanlah apabila harga emas kini semakin 'meroket' dan melepasi paras tertinggi dalam sejarah, ia mencetuskan fenomena luar biasa di kedai perhiasan mahupun pajak gadai. Bagaimanapun sejak peningkatan itu juga, kebanyakan premis gadaian mula mengalami masalah kekurangan modal berikutan ramai yang melakukan pajakan dan overlap.Keadaan itu juga membuatkan seorang wanita ini terpaksa menempuh tiga lokasi berbeza bagi 'mencairkan' aset yang dimilikinya.Namun malangnya, hasrat untuk mendapatkan wang tidak berjaya apabila ketulenan cincin emas miliknya diragui."Rasa terhina pula, sudahlah urgent nak pakai duit... tak boleh walk-in pula. Premis pertama cakap kena booking, yang kedua pula hanya terima jika ia dijual."Lokasi ketiga boleh ambil nombor tapi apabila sampai giliran, mereka cakap tak boleh terima," luahnya dalam nada kecewa di Facebook.Cincin yang ditempat dari goldbar miliknya didakwa tidak dapat dipajak.Berkongsi kejadian yang berlaku, ujarnya, cincin emas yang ingin digadai adalah bermutu 999 kerana ditempa daripada goldbar miliknya.Namun pihak premis gadaian menyatakan mutu emas tersebut perlu diturunkan kerana telah menjadi barang perhiasan.Bagaimanapun, selepas proses pengujian ketulenan emas dilakukan, pihak terbabit enggan menerimanya dengan alasan ketiadaan cop."Mulanya cakap harga susut sebab tiada cop kemudian bagi alasan keputusan alat penguji dalam air adalah 24 karat tapi pada masa sama dia nyatakan tak pasti pula," tambahnya.Untuk pengetahuan anda, barang kemas yang berada di pasaran terbahagi kepada beberapa mutu mengikut nilai peratusan emas yang terkandung di dalamnya seperti perkongsian Arrahnu Express.Ini enam mutu emas yang berada di pasaran.1. Mutu emas 999Mutu emas ini mempunyai nilai peratusan tertinggi iaitu sebanyak 99.99 peratus emas tulen dan hanya 0.1 peratus bendasing. Emas ini bersifat lembut dan tidak sesuai untuk dijadikan perhiasan.Ia juga dikenali sebagai emas 10 atau emas 24 Karat (24K). 2. Mutu emas 916Peratusan emas pada mutu ini adalah sebanyak 91.6 peratus emas tulen dan 8.4 peratus bendasing (tembaga, besi, nikel atau perak).Mutu emas ini paling sesuai dijadikan barang perhiasan tanpa batu.Ia turut dikenali sebagai emas 916 dan emas 22 karat (22K).Cop mutu kebiasaannya berada di bahagian cangkuk barang kemas. -Gambar hiasan AI3. Mutu emas 835Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 83.5 peratus bersama 16.5 campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 20K dan sesuai untuk membentuk barangan perhiasan yang berbatu.4. Mutu emas 750Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 75 peratus dan 25 peratus campuran kandungan lain. Dikenali sebagai emas 18K.5. Mutu emas 585Kandungan emas tulen hanyalah 58.5 peratus dan dicampur 41.5 peratus kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 14K. 6. Mutu emas 375Merupakan kandungan emas tulen yang paling sedikit dengan nisbah 37.5 peratus dan bendasing 62.47 peratus. Kebiasaannya ia dipanggil sebagai emas suasa atau emas 9K.