suria

Tak perlu guna racun, ini cara mudah tangkap cicak di rumah... Hasilnya memang puas hati!

Cicak terkumpul di dalam bekas perangkap yang dihasilkannya.

APABILA lampu mula dinyalakan, beberapa ekor cicak pasti akan kelihatan di sekitarnya kerana menunggu kehadiran serangga.

Bagi pemilik kediaman, kehadiran cicak yang banyak cukup merunsingkan kerana bakal meninggalkan najis di lantai.

Jadi jika anda sering mengalaminya, bolehlah cuba kaedah yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Dewah Bin Robert.

Masalah cicak pasti selesai dengan pantas menggunakan tip mudah ini.

Lumurkan bahagian atas bekas dengan minyak masak.

Lumurkan bahagian atas bekas dengan minyak masak.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Minyak masak

2. Nasi

3. Bekas kosong

Cara-caranya:

1. Sediakan satu bekas kosong yang tinggi.

2. Kemudian lumurkan minyak masak di sekeliling bahagian atas dalam bekas.

3. Kemudian letakkan sedikit nasi di dalam bekas kosong tersebut.

4. Letakkan bekas tadi di kawasan yang selalu ada cicak dan biarkan semalaman.

5. Anda pasti terkejut melihat 'hasilnya'.

Artikel Lain