suria

4 cara mudah hapus kesan kekuningan degil alas mangkuk tandas, tak perlu beli baharu

Empat kaedah dapat bantu bersihkan tandas yang kekuningan. -Gambar hiasan AI

ALAS mangkuk tandas yang asalnya putih bersih boleh bertukar kekuningan dan nampak kusam walaupun dibersihkan setiap minggu.

Masalah ini sebenarnya kerap berlaku di banyak kediaman, terutama apabila tandas digunakan setiap hari dan terdedah pada kelembapan tinggi.

Sebelum anda memilih untuk menukar penutup atau alas mangkuk tandas baharu, apa kata cuba beberapa cara mudah yang dikongsikan portal Sanook ini.

Bukan sahaja boleh dilakukan sendiri, kos juga lebih mesra poket!

1. Soda bikarbonat dan cuka

Campurkan soda bikarbonat dan cuka sehingga menjadi pes, kemudian sapukan pada bahagian kekuningan. 

Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum digosok perlahan menggunakan span. 

Kesan kekuningan akan beransur pudar.

Tandas perlu dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. -Gambar hiasan AI

2. Hidrogen peroksida (air oksigen)

Kaedah ini sesuai untuk kesan kuning yang degil. 

Sapukan hidrogen peroksida secara menyeluruh, tutup penutup tandas dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. 

Bukan sahaja warna putih kembali, malah kesannya lebih berseri-seri.

3. Ubat gigi pemutih

Untuk kesan kecil atau setempat, picit ubat gigi pada bahagian terjejas dan gosok menggunakan berus gigi lama secara membulat.

Cara ini sesuai untuk penyelenggaraan ringan sahaja.

4. Cecair pencuci pinggan dan air suam

Jika penutup tandas hanya sedikit kekuningan, lap dengan campuran air suam dan pencuci pinggan satu hingga dua kali seminggu bagi melambatkan proses perubahan warna.

Dalam masa sama, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan bagi mengelakkan kerosakan pada permukaan tempat duduk tandas.

Antaranya, elakkan penggunaan penyental besi kerana boleh mencalarkan permukaan.

Penggunaan bahan kimia yang terlalu kuat juga tidak digalakkan.

Artikel Lain