suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DIY 'playdoh' untuk anak guna 5 bahan asas di dapur... Mudah sangat, paling penting selamat

Doh mainan boleh dibuat menggunakan bahan-bahan asas di dapur. -Gambar hiasan AI

DOH mainan atau 'playdoh' merupakan salah satu permainan kreatif dan menyeronokkan untuk anak-anak. 

Selain mengasah kreativiti, ia juga membantu perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak.

Jika bermain 'playdoh' mereka boleh menguli, memicit, menggentel, meramas, mencubit, menekap menggunakan acuan, memotong dan membentuk adunan tersebut.

Doh mainan merangsang perkembangan kemahiran motor halus. -Gambar hiasan AIDoh mainan merangsang perkembangan kemahiran motor halus. -Gambar hiasan AI

Seorang ibu berkongsi cara membuat playdoh menggunakan bahan-bahan masakan dan lebih selamat sekiranya anak secara tidak sengaja memasukkannya ke dalam mulut. 

Bahan-bahan:

- Satu plastik tepung gandum

- Secawan garam halus

- Secawan minyak masak

- Dua cawan air

- Pewarna makanan atau pewarna air

Cara membuatnya:

- Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati.

- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian masukkan pewarna pilihan masing-masing. .

- Playdoh siap untuk dimain.

Wanita itu juga menyarankan playdoh itu disimpan dalam bekas kedap udara selepas bermain bagi mengelak ia cepat kering.

Artikel Lain