suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati-hati kongsi berita kematian insan tersayang, anda mungkin jadi sasaran scammer

Ada pihak yang mengambil kesempatan di saat individu lain dalam kesedihan. -Gambar hiasan AI

PENJENAYAH siber kini semakin licik apabila menjadikan berita kematian sebagai peluang untuk melakukan penipuan.

Seorang lelaki mendedahkan taktik terbaharu scammer yang menyasarkan ahli keluarga si mati sejurus berita kematian dikongsikan secara terbuka.

Menurut lelaki berkenaan, adik iparnya menerima mesej daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa sebagai rakan lama suaminya yang baru meninggal dunia.

Penjenayah siber sentiasa mencari taktik baharu dalam menjerat mangsa. -Gambar hiasan AIPenjenayah siber sentiasa mencari taktik baharu dalam menjerat mangsa. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, helah itu terbongkar apabila maklumat yang diberikan langsung tidak tepat dan bercanggah dengan fakta sebenar. 

"Dia mengaku arwah berhutang dengan dia sebanyak RM2,000. Scammer ni mengaku berkawan sampai tingkatan tiga tapi nama sekolah lain dari sekolah arwah. 

"Dia bagi info yang arwah anak kepada anggota polis. Dekat sini dah buta-buta kantoi menipu," kongsinya di Thread.

Katanya, scammer itu juga sanggup memalsukan penyata transaksi bagi menguatkan dakwaan hutang tersebut.

"Harap semua berhati-hati dengan taktik scammer sekarang ni," katanya.

Waspada modus operandi scammer

- Jangan dedah maklumat kematian secara terperinci di media sosial seperti nama penuh, nombor telefon.

- Jangan terus percaya dokumen atau penyata yang dihantar, kerana ia mudah dipalsukan.

- Elakkan membuat sebarang bayaran tanpa pengesahan rasmi atau dokumen sah.

- Nada mesej biasanya mendesak dan menyentuh emosi, kononnya kasihan, terdesak atau mahu selesaikan hutang segera.

- Scammer akan cuba elak pertemuan bersemuka, sebaliknya mendesak urusan dibuat melalui mesej atau pindahan wang segera.

 

Artikel Lain