suria

Mudah sangat ikut petua ni... Lega kuali baru beli tak melekat, makin lancar kerja-kerja di dapur

Mendidihkan air di dalam periuk atau kuali baru dikatakan dapat mengelakkan masakan daripada melekat. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali membeli periuk atau kuali baharu, ramai yang terus menggunakannya untuk memasak.

Hakikatnya, langkah awal sebelum penggunaan pertama sangat penting bagi memastikan permukaan kuali tahan lama dan makanan tidak mudah melekat.

Seorang individu di Threads, @yolandegab menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi beberapa tip ringkas yang boleh dilakukan sebelum menggunakan periuk atau kuali baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebus nasi impit segera pun gagal? Kena cuba teknik 5-30-7, hasilnya padat dan tak lembik

Menurutnya, kaedah ini sesuai diamalkan untuk semua jenis periuk atau kuali termasuk yang mempunyai lapisan non-stick bagi membantu memastikan permukaan lebih selamat digunakan dan tidak menyebabkan makanan melekat ketika memasak.

Berikut langkah yang disarankan:

1. Panaskan air garam terlebih dahulu

Isi periuk atau kuali dengan air yang dicampurkan garam, kemudian panaskan sehingga mendidih. Selepas air tersebut sejuk, buang air berkenaan.

2. Sapu minyak masak pada permukaan

Seterusnya, sapukan minyak masak pada keseluruhan permukaan bahagian dalam periuk atau kuali. Panaskan seketika di atas dapur gas supaya minyak meresap dan melapisi permukaan dengan lebih baik.

3. Goreng sebiji telur sebagai ujian

Tuangkan sedikit minyak masak dan goreng sebiji telur sehingga masak. Telur tersebut bukan untuk dimakan, sebaliknya hanya sebagai eksperimen bagi memastikan sebarang bahan kimia pada permukaan kuali atau periuk benar-benar tiada.

4. Cuci hingga bersih

Akhir sekali, cuci periuk atau kuali sehingga bersih sebelum disimpan atau digunakan untuk memasak hidangan sebenar. Semoga bermanfaat!

Artikel Lain