BOOKFEST @ Malaysia kembali lagi pada tahun ini dengan skala lebih gemilang, meraikan ulang tahun ke-20 yang penuh signifikan dalam usaha memperkasa budaya membaca serta menyemarakkan ilmu dalam kalangan masyarakat.Berlangsung dari 18 hingga 26 Mac 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pesta buku berprestij ini menjanjikan pelbagai tawaran menarik serta pengalaman yang bukan sahaja mengujakan, malah menyentuh jiwa setiap pengunjung. Mengangkat tema ‘Read 20, Rise Beyond’, edisi kali ini menzahirkan pembacaan sebagai nadi transformasi, satu perjalanan intelektual yang mencorakkan landskap ilmu selama 20 tahun. Sebagai pesta buku trilingual yang menghimpunkan bahan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina, BookFest @ Malaysia terus unggul sebagai antara platform literasi paling berpengaruh di negara ini. Ia bukan sekadar medan jual beli buku, tetapi ruang pertemuan penuh makna antara pembaca, penulis, penerbit dan komuniti untuk bertukar idea serta mencetus inspirasi.Sekitar majlis pelancaran Bookfest @ Malaysia pada Rabu.Majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Chiew Choon Man; bersama Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing. Turut hadir, Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star (SMG) Datin Paduka Esther Ng; Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Zulkifli Jalil dan Pengerusi Popular Holdings Limited, Yiu Chi Shing.Majlis turut menyaksikan detik menyentuh hati apabila empat pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan Chow Kit, Rumah KIDS, The Budiman Charitable Foundation dan Suriana Welfare Society Malaysia, masing-masing menerima sumbangan RM30,000 hasil kempen Karnival Kanak-kanak 4.0. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam membela nasib kanak-kanak kurang bernasib baik, sekali gus memberi sinar harapan kepada masa depan mereka.Tidak terhenti di situ, semangat menyebar ilmu turut diterjemahkan melalui penyampaian Baucar Buku POPULAR kepada 13 guru besar dan pengetua sekolah dari seluruh negara. Mereka merupakan sebahagian daripada 185 sekolah yang bakal menerima sumbangan buku bernilai RM3,000 bagi memperkaya koleksi perpustakaan masing-masing, satu usaha berterusan dalam memastikan akses kepada bahan bacaan berkualiti tidak pernah terputus.Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan penuh warna-warni, termasuk Tarian Singa, paluan gendang serta tarian kontemporari ‘Dance of Joyful Celebration’ yang dikoreografikan oleh maestro tari, Wong Kit Yaw. Persembahan tarian kontemporari 'Dance of Joyful Celebration' sempena majlis pelancaran.Persembahan oleh 20 penari muda ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbolik kepada perjalanan dua dekad BookFest yang menggabungkan tradisi dan modeniti.Tarikan menarik Antara tarikan baharu yang mencuri perhatian ialah ‘Hong Kong Pavilion,’ hasil kerjasama Hong Kong Publishing Federation dan The Hong Kong Printers Association. Pavilion bertemakan ‘Golden Legacy, Timeless Ink’ ini membawa pengunjung menyelami suasana kota mini Hong Kong lengkap dengan elemen nostalgia seperti kedai buku lama dan kafe tradisional, sekali gus menghadirkan pengalaman budaya yang autentik.Dengan keluasan hampir 100,000 kaki persegi merangkumi Dewan 1 hingga 5, BookFest @ Malaysia menawarkan buku pelbagai bahasa, produk kreatif, alat tulis, gajet serta makanan ringan, menjadikan setiap sudut penuh dengan kejutan.Lebih daripada sekadar pesta buku, acara ini juga sarat dengan aktiviti interaktif seperti sesi perkongsian penulis tempatan dan antarabangsa, persembahan ‘Live Orchestra,’ pertandingan kanak-kanak, cosplay, bengkel seni serta demonstrasi memasak, sekali gus menjadikan pengalaman di sini begitu hidup dan berwarna.Hong Kong Pavilion antara tarikan menarik di Bookfest @ Malaysia.Meraikan bakat penulis tempatanDalam pada itu, anugerah berprestij POPULAR – BH Anugerah Pilihan Pembaca (APP) dan POPULAR – The Star Readers’ Choice Awards (RCA) ke-16 kembali meraikan penulis tempatan terbaik, mengiktiraf karya yang memikat hati pembaca di seluruh Malaysia.Kedua-dua anugerah menampilkan sebanyak 10 karya fiksyen dan bukan fiksyen teratas dalam bahasa masing-masing, ia pastinya menjadi bahan bacaan yang dicadangkan oleh Popular. Tiga penulis terbaik bagi setiap kategori akan menerima sijil penghargaan, trofi dan hadiah wang tunai, sekali gus mengiktiraf bakat dan sumbangan mereka kepada dunia sastera tempatan.Selepas tempoh pengundian yang mendapat sambutan hangat, berikut merupakan tiga penulis terbaik bagi kategori masing-masing:Kategori fiksyen RCA1. Library of Lost Hearts - N.F Afrina 2. Immortal - Sue Lynn Tan3. Thinking of Loving You - Ain NabilahKategori bukan fiksyen RCA1. When Worries Turn to Hope - Ezzah Mahmud2. For the Heart That's Still Hurting - Iffah Nizzar3. The Beauty of Promised RizqKategori fikysen APP1. Rahsia Danny - Teme Abdullah2. Di Antara Dua Sujud - Thyora (Mawaddah Binti Hamdan & Ahmad Fathiyakan Bin Husni)3. Qaid - The Unknown - EffaleeKategori bukan fikysen APP1. Surat Cinta dari Tuhan - Adnin Roslan2. Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang - Bonda Umirah3. Seberat Itu Ya Menjadi Dewasa - Iddin RamliPenulis karya terbaik yang merangkul anugerah RCA dan APP.Pengiktirafan ini bukan sahaja meraikan bakat penulis tempatan, malah mengangkat karya mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia sastera.Hakikatnya, BookFest @ Malaysia bukan sekadar himpunan buku, ia adalah medan emosi, jambatan ilmu dan cerminan aspirasi masyarakat. Dalam dunia yang semakin pantas berubah, pesta ini menjadi ruang untuk kita kembali menghargai kekuatan kata-kata, menyelami makna, dan menemukan semula diri dalam helaian demi helaian buku.Bersempena dengan ulang tahun ke-20 BookFest @ Malaysia, para pembaca dijemput untuk menyingkap semula kegembiraan menerusi pembacaan, yang akan berlangsung di KLCC dari 18 hingga 26 Mac. Layari www.bookfestmalaysia.com untuk info lanjut.