suria

Jangan buat hebahan di media sosial jika anda silap ‘transfer’ duit... Ini prosedur betul, peluang dapat balik lebih cerah!

Kesilapan biasa berlaku ketika transaksi akibat tersalah masukkan nombor akaun penerima. -Gambar hiasan AI

HEBOH di media sosial dengan perkongsian beberapa kes melibatkan individu yang tersalah memindahkan wang ke akaun bank orang lain.

Perkara itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna perbankan dalam talian, terutama apabila jumlah wang yang dipindahkan bukanlah sedikit.

Situasi seperti ini boleh berlaku disebabkan kesilapan ketika memasukkan nombor akaun penerima. 

Namun dalam sesetengah keadaan, ia juga dikatakan boleh menjadi taktik halus yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jimat masa dan duit! Lelaki kongsi ‘hack’ buka bagasi terkunci, ramai dah cuba memang menjadi

Justeru, sekiranya anda menyedari ada membuat transaksi ke akaun bank yang salah, terdapat beberapa langkah boleh diambil bagi mengelakkan masalah menjadi lebih rumit.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang individu menerusi aplikasi Threads, @sfazzahralee_997, yang memberi panduan ringkas kepada orang ramai sekiranya berdepan situasi tersebut.  

"Kalau tersalah transfer ke akaun bank, jangan cuba cari orang itu (penerima) sendiri melalui media sosial atau tanya orang ramai," ujarnya.

Panduan yang betul mengikut prosedur bank di Malaysia adalah seperti berikut: 

1. Segera hubungi bank yang anda gunakan untuk transfer (bank pengirim).

Maklumkan bahawa berlaku mistaken transfer. Bank akan buka laporan dan cuba hubungi pemilik akaun penerima (contohnya Bank CIMB). 

2. Datang ke cawangan bank (bank pengirim) secepat mungkin dan bawa bersama: 

- Kad pengenalan (IC)

- Bukti transaksi / resit pemindahan

- Tarikh, masa dan jumlah transaksi

- Nombor akaun penerima

3. Bank akan buat proses Recall / Request for Refund

Bank pengirim akan hubungi bank penerima (Bank CIMB) untuk minta kebenaran penerima memulangkan wang tersebut. Bank tidak boleh terus tarik duit tanpa kebenaran pemilik akaun.  

4. Jika penerima enggan pulangkan

Anda (pengirim) boleh buat laporan polis kerana wang itu dikira retained dishonestly (terus menyimpan sesuatu seperti wang atau barang walaupun dia tahu ia sepatutnya dipulangkan kepada orang lain). 

Situasi ini termaktub di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan (salah guna harta secara tidak jujur). Laporan polis biasanya membantu bank mempercepatkan proses.  

Semoga bermanfaat!

Artikel Lain