NASI impit sememangnya antara juadah wajib setiap kali Hari Raya Aidilfitri.Ia enak dimakan bersama kuah kacang ataupun kuah lontong, sekali gus melengkapkan hidangan pada pagi 1 Syawal. Walaupun kini terdapat nasi impit segera yang lebih mudah disediakan, tidak semua orang berjaya merebusnya dengan sempurna. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya jumpa cara betul nak celur bihun... Pasti tak putus atau hancur ketika masakAda yang berdepan masalah nasi impit menjadi terlalu lembik, tidak padat dan melekat apabila dipotong.Seorang pelayar Instagram, @nvmlnx berkongsi teknik merebus nasi impit menggunakan kaedah yang dikenali sebagai teknik 5-30-7 untuk mendapatkan hasil sempurna.Menurutnya, kaedah tersebut sebenarnya sering digunakan untuk merebus daging, namun dia mencuba teknik sama untuk menyediakan nasi impit."Guna kaedah yang sama untuk masak daging. Tapi kita cuba try test untuk nasi impit lak. Jadi!" kongsinya.Cara-cara menggunakan teknik 5-30-7:1. Didihkan air di dalam periuk terlebih dahulu.2. Selepas air mendidih, masukkan pek nasi impit dan tutup periuk. Biarkan selama 5 minit.3. Selepas 5 minit, tutup api dapur dan biarkan nasi impit di dalam periuk selama 30 minit.4. Kemudian, hidupkan semula api dan masak nasi impit selama 7 minit lagi.5. Keluarkan nasi impit, tos dan keringkan. Pastikan ia benar-benar kering bagi mengelakkannya cepat basi.6. Nasi impit kini sedia untuk dipotong dan dihidangkan.Dengan teknik ini, nasi impit dikatakan menjadi lebih padat, tidak lembik dan mudah dipotong dengan cantik apabila dihidangkan. Selamat mencuba!