Bihun dicelur dalam air yang dicampur dengan sedikit minyak untuk mengelakkannya terputus dan kekal lembut. -Foto TT Rizal Tomyam
BIHUN antara menu paling mudah dan cepat untuk disediakan, sama ada untuk sahur atau juadah ringkas ketika berbuka puasa.Namun, tak semua orang berjaya menghasilkan tekstur bihun yang cantik. Ada yang jadi terlalu lembik, putus-putus atau masih keras di bahagian tengah.Sebenarnya ada cara yang betul untuk rebus bihun supaya hasilnya lembut, kenyal dan tidak hancur. Menerusi satu perkongsian oleh tukang masak restoran dikenali sebagai Rizal Tomyam, ada tip mudah yang boleh dipraktikkan di rumah.Bihun digaul rata, sebelum ditoskan dan dibilas dengan air sejuk.Berikut perkongsian tukang masak berkenaan:1. Panaskan air di dalam kuali atau periuk besar.2. Tambahkan sedikit garam ke dalam air.3. Masukkan kira-kira setengah cawan minyak masak dan tunggu sehingga air mendidih.4. Masukkan bihun dan gaul rata supaya ia tenggelam sekata.5.Angkat bihun dan toskan, kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bihun betul-betul sejuk.Hasilnya, bihun akan menjadi lembut tetapi tidak mudah putus, selain tidak melekat antara satu sama lain.Teknik ini sesuai digunakan untuk menyediakan pelbagai menu seperti bihun goreng, bihun tomyam, bihun sup atau apa sahaja hidangan berasaskan bihun.Mudah dan praktikal, tip ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang sering berdepan masalah bihun hancur atau keras. Lepas ini bolehlah masak bihun dengan lebih yakin dan hasilnya pasti lebih menjadi.