BUKAN mudah nak bangun memasak untuk sahur setiap hari.Nak makan juadah berbuka pula rasa kurang berselera kerana penuh dengan rasa lemak dan pedas yang tidak sesuai dimakan awal pagi. Apa kata anda hasilkan sup kosong seperti dikongsikan Resipi Eny Abdullah di Facebook.Bukan sahaja mudah, perut pasti tidak akan sebu atau 'berdendang' sepanjang tempoh berpuasa nanti.Paling penting, sup ini boleh disimpan untuk tempoh yang lama di dalam peti sejuk.Anda hanya perlu panaskan mengikut kuantiti yang diingini dan boleh dimakan bersama apa sahaja juadah ringan seperti ayam atau ikan goreng.Aroma sup yang menyengat pasti akan membuka selera sahur anda sekeluarga.Bahan-bahan2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 sudu ketul sup bunjutLada sulahDaun supBawang gorengGaramAir secukupnyaCara penyediaannya1. Tumbuk kasar bawang putih dan halia.2. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama sup bunjut, lada sulah, batang daun sup, garam dan tambah air secukupnya.3. Biarkan mendidih seketika.4. Masukkan daun sup bersama bawang goreng, dan tutup api.5. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.