suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nampak maskulin, aktif main sukan lasak... Jiwa atlet universiti terseksa, ‘berperang’ lawan nafsu suka kaum sejenis

Setiap individu melalui ujian berbeza-beza dalam kehidupan masing-masing. -Gambar hiasan AI

DI sebalik sisi maskulin yang dipamerkan, seorang pemuda berdepan gejolak emosi apabila terpaksa 'berperang' melawan nafsu songsang sejak sekian lama.

Menurut pemuda itu, dia terdetik untuk memohon doa agar dipendekkan umur kerana tidak mahu terjebak dengan dosa sekiranya gagal melawan nafsunya.

"Boleh ke saya minta tidak dipanjangkan umur? Saya tiada nafsu terhadap perempuan. Saya tak normal seperti lelaki lain. Saya gay.

Lelaki yang normal pastinya memasang impian untuk berkahwin dan membina keluarga bahagia. -Gambar hiasan AI

"Tapi saya tak pernah buat benda keji dan tak sokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Saya tak nak diuji begini.  

"Saya atlet hoki di universiti. Saya juga sertai bola sepak, ragbi dan Muay Thai. Saya maskulin, bukannya lembut," luahnya.

Menurut pemuda itu, dia juga mendambakan kehidupan normal seperti lelaki lain, namun sedar ia bukan satu perkara mudah untuk direalisasikan.

  • Pemuda terdetik mohon doa dipendekkan umur kerana tidak mahu hidup sebagai lelaki gay.
  • Dia juga mengimpikan untuk memiliki keluarga, namun tahu dirinya tidak mampu merealisasikannya.
  • Pemuda itu berkata dia bukanlah seorang yang lembut, malah aktif dalam beberapa sukan yang lasak.
  • Dia kini mendekatkan diri kepada Allah dan kerap ke masjid bagi mengelakkan terjebak perilaku songsang.

"Saya terpaksa 'berperang' seumur hidup. Tipulah kalau saya tak mahu ada keluarga, isteri dan anak. Tapi saya sedar, saya tak mampu dari segi batin.

"Saya juga tak nak seksa anak orang. Sumpah terseksa hidup macam ini. Saya tak tahu sampai bila saya boleh tahan benda ini. 

"Doakan saya kuat dengan ujian seumur hidup saya ini. Sekarang kalau sedih, saya pergi masjid solat berjemaah. Semoga saya dapat istiqamah hingga akhir hayat," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lama

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kecewa dalam percintaan, lelaki hilang ‘selera’ dengan wanita... Mengaku mula suka kaum sejenis!

Perkongsian yang dibuat menerusi aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.

"Jangan lupa minta doa semoga Allah kembalikan awak kepada fitrah. Setiap kali awak lawan nafsu, awak sebenarnya tengah berjihad.

"Boleh jumpa doktor, kaunselor atau mana-mana pihak yang awak rasa selesa untuk kongsi masalah. Saya percaya awak boleh jadi lelaki sejati satu hari nanti.

"Saya percaya awak boleh jadi lelaki normal. Awak ada kesedaran usaha nak elak buat tak elok," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain