suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik kecewa dalam percintaan, lelaki hilang ‘selera’ dengan wanita... Mengaku mula suka kaum sejenis!

Ada lelaki mendakwa 'selera' mereka berubah selepas kecewa dengan wanita. -Gambar hiasan AI

KECEWA berulang kali gagal dalam percintaan membuatkan seorang lelaki kini lebih cenderung meminati kaum sejenis.

Dalam luahannya, lelaki itu berkata dia sudah serik untuk berkenalan dengan mana-mana perempuan yang didakwa kerap mendatangkan masalah dalam hidupnya.

Tidak hanya itu, dia menganggap wanita pernah dicintai tidak melayannya dengan baik malah setiap perkara dilakukan tidak dapat memuaskan hati mereka.

Hubungan sejenis boleh menjadi punca jangkitan HIV. -Gambar hiasan AI

"Jangan pelik kalau aku semakin jadi gay. Perempuan layan aku dengan teruk. Semua benda tak kena. Sebenarnya aku lebih ke arah biseksual.

"Susah nak betul-betul suka kepada perempuan, tak jumpa lagi yang okey, mereka sentiasa ada benda yang tak kena. Mati je lah.

"Kebelakangan ini, asyik jumpa perempuan jenis sama je. Mereka tak jahat, tapi cara layanan tu. Kejap okey, kejap tak okey. Tak boleh baca fikiran mereka," ujarnya.

  • Seorang lelaki mengaku meminati kaum sejenis selepas kerap kecewa dengan perempuan.
  • Menurut lelaki itu, dia sudah beberapa kali berdepan pengalaman buruk dengan perempuan.
  • Dia berkata ramai perempuan menunjukkan sikap, layanan dan emosi yang tidak menentu.
  • Netizen beri nasihat agar dia tidak putus asa mencari wanita yang baik.

Di ruangan komen, ramai lelaki turut berkongsi masalah sama yang dihadapi mereka dalam percintaan.

"Tambah-tambah zaman sekarang, perempuan obses dengan kpop. Habis semua lelaki Malaysia ini nak campak ke mana?

"Samalah kita bro. Berdasarkan pengalaman, perempuan ini banyak songeh. Aku jadi cepat rimas. Aku menyirap, nak perhatian je," tulis beberapa lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lama

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lembut dalam dilema, kesian kawan-kawan lelaki tulen digelar gay - “Rapat sikit, terus dituduh bercinta”

Pada masa sama, ada juga netizen yang bersikap positif dan berkongsi nasihat kepada lelaki itu agar tidak terjerumus dalam hubungan songsang.

"Kena ingat, hubungan sejenis ni tak ke mana. Teruskan cari wanita yang baik. 

"Sabarlah awak. Tak semestinya belum jumpa bermaksud awak memang tak akan jumpa perempuan baik langsung," tulis netizen lagi.

Artikel Lain