suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau buat cermin aku pecah!” - Lelaki berang kontraktor potong rumput tepi jalan cuba lepas tangan, bagi alasan insurans tak ‘cover’

Syarikat yang mengupah pekerja memotong rumput perlu membayar ganti rugi sekiranya cermin kenderaan pecah ketika kerja-kerja dilakukan. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pastinya berasa amat ralat dan berang sekiranya barang kesayangan yang dijaga dengan rapi rosak angkara individu lain.

Begitu juga dengan seorang lelaki yang meluahkan rasa geram selepas cermin bahagian penumpang belakang keretanya pecah selepas terkena batu yang terpelanting ketika sekumpulan individu melakukan kerja-kerja memotong rumput di Putrajaya.

Menurut lelaki itu, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat dan mahu meletakkan kereta di kawasan parkir.

Risiko cermin pecah antara yang perlu dihadapi pemilik kenderaan ketika kerja-kerja memotong rumput dijalankan. -Gambar hiasan AI

Risiko cermin pecah antara yang perlu dihadapi pemilik kenderaan ketika kerja-kerja memotong rumput dijalankan. -Gambar hiasan AI

“Tiba-tiba bunyi meletup seperti orang menembak dari belakang. Aku ingatkan ada kereta langgar atau apa.

“Apabila tengok, cermin belakang sebelah penumpang sudah retak. Nasib baik ada tinted, jadi kaca tidak berselerak masuk ke dalam kereta,” katanya.

Memandangkan sudah lambat untuk menghadiri mesyuarat, dia kemudian turun daripada kereta dan bersemuka dengan pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja memotong rumput.

Katanya, pekerja berkenaan memaklumkan perkara itu perlu dirujuk kepada penyelia mereka terlebih dahulu.

“Aku minta mereka ganti sebab pekerja mereka yang menyebabkan cermin kereta pecah. Kemudian aku diminta tunggu penyelia datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua sanggup basah, guruh berdentum baru berhenti mesin rumput! Tuan rumah sayu tengok pinggan, rupanya berlapar buat kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak mesin baru, masih bau kedai... Lelaki tempatan bagi peluang warga Pakistan potong rumput, tembus pasaran mat Bangla

Menurutnya, selepas penyelia tiba di lokas, dia dimaklumkan pula bahawa masalah berkenaan perlu dirujuk kepada pihak atasan.

Oleh kerana sudah terdesak untuk menghadiri mesyuarat, lelaki itu mengambil keputusan meninggalkan nombor telefonnya dan meminta pihak terbabit menghubunginya dalam tempoh dua jam.

Bagaimanapun, kira-kira sejam setengah kemudian, dia menerima panggilan yang memaklumkan bahawa insurans syarikat berkenaan hanya melindungi kerosakan cermin hadapan dan belakang, bukannya cermin sisi.

“Memang menyirap dengar. Aku cakap, kau yang buat cermin aku pecah, bukan aku. Jadi kau kena tanggung.

“Aku kata akan buat laporan polis dan cari syarikat yang mendapat tender kerja-kerja memotong rumput di kompleks kerajaan itu,” katanya.

  • Cermin kereta lelaki pecah terkena batu ketika kerja memotong rumput.
  • Lelaki itu menuntut ganti rugi daripada syarikat terbabit.
  • Syarikat pada awalnya enggan menanggung kerosakan cermin sisi.
  • Selepas didesak, cermin kereta akhirnya diganti.
  • Lelaki nasihat orang ramai supaya tidak mengalah.

Tidak lama kemudian, seorang lagi wakil syarikat menghubunginya dan memaklumkan mereka akan menguruskan penggantian cermin keretanya.

Namun, kedai yang dicadangkan pada awalnya pula tidak mempunyai stok cermin yang sesuai.

Memandangkan lelaki itu perlu menghadiri satu lagi mesyuarat di Petaling Jaya sebelum pulang ke Ipoh pada hari sama, dia bimbang sekiranya cermin yang pecah itu menyebabkan masalah ketika perjalanan, terutama jika hujan.

Akhirnya, pihak penyelia berjaya mencari kedai lain dan mengatur penggantian cermin kereta berkenaan.

“Daripada mereka tidak mahu ganti, selepas ugut sikit-sikit, akhirnya selesai juga.

“Kesimpulannya, kalau berada dalam situasi seperti aku, jangan terus mengalah. Tuntut ganti rugi jika kerosakan berlaku akibat kerja yang dilakukan oleh pihak terbabit,” katanya.

Artikel Lain