BERKONGSI kenangan ketika berada di luar negara di media sosial boleh dikatakan lumrah dalam kalangan masyarakat pada masa kini.Namun, bagi seorang wanita, dia tidak menyangka perkongsian mengenai kehidupannya di Turkiye mengundang rasa kurang senang seorang individu tidak dikenali. Menurutnya, dia hanya berkongsi pengalaman dan aktiviti sepanjang berada di negara tersebut sebagai kenangan untuk disimpan.“Tak sangka kita buat story tunjuk kehidupan kita, tetapi ada yang sakit hati dalam diam. Sebenarnya saya buat story sebab nak jadikan highlight.Merakam kenangan ketika bercuti lumrah kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan AI"Suatu hari nanti boleh tunjuk kepada anak-anak yang kita pernah ada pengalaman tinggal di luar negara,” katanya.Namun, dia kemudian menerima satu mesej daripada individu yang menegurnya kerana didakwa terlalu kerap berkongsi mengenai Turkiye.“Salam. Nak bagi tahu, tak payah duk menunjuk sangat. Hari-hari Turkiye, pagi petang malam Turkiye. Ankara, Ankara, Ankara. Naik menyampah.“Orang lain duduk luar negara juga, orang lain melancong luar negara juga, orang lain bekerja di luar negara juga. Tak ada pun pergi siang malam kemas kini nak menunjuk,” tulis individu berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Kritik destinasi percutian, sindir orang melancong... Wanita bidas individu 'terpaling musafir' lihat bumi Allah - "Aku nak ke Makkah, Madinah je"ARTIKEL BERKAITAN: Sakan borong minyak wangi luar negara bawa padah... Wanita kongsi detik cemas beg kena tahan kastam!Individu itu turut mempersoalkan tujuan wanita berkenaan berkongsi terlalu banyak mengenai kehidupannya di luar negara serta memintanya supaya tidak keterlaluan kerana boleh menyebabkan orang lain berasa kurang senang.“Jangan sampai ada orang sakit mata. Tak pernah kena penyakit ain? Kalau nak kena, boleh cuba,” tulis individu tersebut.Mesej berkenaan kemudiannya dikongsikan semula oleh wanita itu sambil meminta bantuan orang ramai untuk mengesan identiti sebenar pemilik akaun berkenaan.“Jadi, saya menyeru para hacker sekalian. Tolong saya cari tahu pemilik sebenar akaun ini boleh tak? Saya nak tahu juga siapa gerangan manusia ini,” katanya.Wanita terkejut ditegur kerana kerap berkongsi pengalaman di Turkiye.Individu tidak dikenali dakwa perkongsian wanita itu ‘menyakitkan hati’.Wanita berkata perkongsian dibuat sebagai kenangan untuk anak-anak.Dia meminta bantuan netizen mengesan pemilik akaun berkenaan.Netizen percaya individu itu mungkin orang terdekat.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mendakwa individu tidak dikenali itu berkemungkinan pihak yang cukup mengenalinya."Bila baca ni pun kita dah boleh agak, si empunya fake account ni ialah orang yang rapat atau kenal awak. "Percayalah orang macam ni selalunya orang terdekat kita. Dia berani sebab dia buat fake account je."Kesian hidup orang macam ni. Hati penuh dengan hasad dengki atas kebahagiaan orang," komen warga maya.