suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang Argentina dikutuk kalah! Murid kena baling gunting dengan kawan, ibu tak salahkan kawan anak - “Dia punca mengejek!”

Perlawanan bola sepak boleh mencetuskan pergaduhan jika disulami provokasi. -Gambar hiasan AI

DEMAM Piala Dunia bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan orang dewasa, malah turut menjadi topik perbualan dalam kalangan kanak-kanak.

Namun keterujaan menyokong pasukan kegemaran masing-masing boleh menimbulkan pelbagai perbalahan sehingga ada yang bergaduh.

Seperti perkongsian wanita ini, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada guru agama anaknya memaklumkan berlaku pergaduhan membabitkan anaknya dengan rakan sekelas.

Menurutnya, mereka bergaduh selepas saling ejek-mengejek sehingga berlaku pertengkaran dan membabitkan fizikal.

Bergurau sesama rakan sebaya kadang kala boleh mencetuskan perbalahan. -Gambar hiasan AI

Bergurau sesama rakan sebaya kadang kala boleh mencetuskan perbalahan. -Gambar hiasan AI

"Ustaz memaklumkan kawan (anak) baling kotak pensil. Dalam itu ada gunting terkena perut anak sampai luka dan berdarah.

"Aku tanya, berdarah ke? Pihak sekolah memaklumkan anak aku tidak perlu dibawa ke klinik kerana luka sudah dirawat di sekolah," katanya.

Bercerita mengenai punca pergaduhan tersebut, wanita itu memberitahu ia disebabkan rakan anaknya geram apabila diejek anaknya disebabkan pasukan Argentina kalah pada Piala Dunia baru-baru ini.

Wanita itu kemudian meminta maaf kepada pihak sekolah dah berharap insiden berkenaan dapat diselesaikan dengan baik agar tidak berlarutan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Budak tu sokong Argentina" -  Ibu terkedu anak cedera terkena gunting, gara-gara Piala Dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bising, anggap Kafa bebankan anak... Penat belajar sampai tak sempat main, hilang zaman kanak-kanak

"Puncanya budak itu sokong Argentina. Anak aku Sepanyol. Jadi tahu kan siapa yang punca mula mengejek?

"Walaupun yang berdarah itu anak aku, tapi dia juga punca. Jadi kena la hukum dengan ayah dia," katanya.

Perkongsian insiden itu menarik perhatian ramai yang bimbang dengan keselamatan murid-murid apabila membabitkan senjata tajam seperti gunting.

Ramai berpendapat sudah tiba masanya alat-alatan merbahaya tidak lagi dibenarkan dibawa ke sekolah bagi menjaga keselamatan kanak-kanak.

  • Ejek pasukan Argentina dan Sepanyol berakhir dengan seorang murid cedera terkena gunting.
  • Murid Tahun Enam luka dan berdarah selepas kotak pensel dibaling rakannya.
  • Ibu akui anaknya turut menjadi punca insiden berlaku.
  • Insiden tercetus selepas dua murid saling mengejek pasukan bola sepak pilihan masing-masing.
  • Netizen bimbang dengan keselamatan murid yang membawa gunting ke sekolah.

"Seram betul kalau tengok budak-budak bawa gunting, lagi-lagi kalau Tahun Satu. Terus rampas dan pesan jangan bawa ke sekolah.

"Awak ibu yang hebat sebab tak menangkan anak dan tak hukum kawan sebab kesalahan anak," antara komen netizen.

Isnin lalu, Sepanyol melakar sejarah apabila muncul juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Argentina 1-0.

Untuk rekod, Sepanyol sebelum ini pernah memenangi Piala Dunia FIFA 2010, manakala Argentina kali terakhir menjulang trofi berprestij itu pada edisi Piala Dunia FIFA 2022.

Artikel Lain