suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis gelisah teringat-ingat insiden ternampak abang ipar tengah pakai seluar... Silap kakak buka pintu bilik!

Hubungan yang rapat bukan lesen untuk ipar tidak menjaga batas sesama mereka. -Gambar hiasan AI

APABILA menumpang di rumah orang lain, adab dan tingkah laku perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan perkara yang boleh mengundang fitnah mahupun rasa tidak selesa.

Seorang gadis berusia 26 tahun menerima kecaman hebat warga maya selepas berkongsi pengalamannya menginap di kediaman kakak serta abang iparnya di ibu kota.

Menurut gadis berkenaan, dia secara tidak sengaja terpandang bahagian sensitif abang iparnya yang sedang bersiap di dalam bilik tidur.

Seseorang itu perlu menjaga batas apabila menumpang rumah orang. -Gambar hiasan AI

"Dah beberapa minggu tumpang rumah kakak sebab nak jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Suatu hari tu, kakak buka pintu bilik dia.

"Kakak mungkin tak perasan saya ada di belakangnya. Saya ternampak abang ipar tengah bersiap. Saya ternampak alat sulitnya.

"Abang ipar umur 30. Saya terkejut... saya terus berjalan masuk bilik," ujarnya dalam hantaran di aplikasi X.

  • Gadis kongsi cerita tentang pengalaman menumpang rumah kakak dan abang iparnya.
  • Dia mendakwa tidak sengaja melihat kemaluan abang iparnya yang sedang bersiap dalam bilik.
  • Kejadian itu berlaku ketika kakaknya membuka pintu bilik tanpa menyedari kehadiran gadis itu.
  • Netizen minta gadis itu tidak perbesarkan isu tersebut dan teruskan kehidupannya seperti biasa.

Jelasnya lagi, insiden yang berlaku itu terus menghantui fikirannya sehingga timbul niat untuk berterus terang serta memohon maaf secara peribadi kepada lelaki berkenaan.

"Kejadian tu dah beberapa minggu tapi saya masih teringat apa yang saya nampak. Rasa bersalah juga. Perlu ke saya beritahu abang ipar dan minta maaf?" ujarnya.

Menurut gadis itu, kakak dan abang iparnya sudah tiga tahun berkahwin, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘banned’ keluarga kakak ipar, rasa meluat terserempak depan rumah... Puncanya kantoi pecah amanah!

ARTIKEL BERKAITAN: Izin tumpang sebab rumah dekat dengan universiti, wanita terkedu adik perempuan sanggup ‘panjat’ tubuh abang ipar

Di ruangan komen, rata-rata pelayar X meminta wanita itu untuk tidak memperbesarkan isu berkenaan dan meneruskan sahaja kehidupannya seperti biasa.

"Kalau tak sengaja, rendahkan pandangan dan terus istighfar banyak-banyak. Tak perlu nak cerita satu kampung. Itu hal dalam bilik dan rumah dia.

"Kau nak minta maaf ke kau nak minta badan dia? Buat-buat tak tahu saja apa yang kamu dah nampak tu," pesan netizen lagi.

Artikel Lain