IMPIAN untuk memulakan kehidupan baharu bersama dua cahaya mata membuatkan seorang wanita nekad mahu menjual rumah miliknya.Bagaimanapun, keputusan berat itu kini dihantui rasa bersalah apabila dia bimbang tindakan berkenaan bakal dianggap sebagai satu perbuatan derhaka terhadap ibu kandung. Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita itu berkata keputusan itu terpaksa diambil selepas dia kehilangan pekerjaan, berdepan penceraian dan kini perlu memikirkan masa depan dua cahaya matanya.Menurutnya, rumah tersebut kini didiami ibunya secara percuma sejak sembilan tahun lalu.Namun hubungan mereka tidak begitu baik kerana ibunya didakwa bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.Menjual rumah bukan satu keputusan yang mudah. -Gambar hiasan"Saya ada lapan adik-beradik, lima orang sudah ada rumah sendiri. Semua sudah bekerja. Saya nak jual rumah tu dan pindah ke tempat lain dengan anak-anak. Mak saya tak suka saya dan tempias tu kena dekat anak-anak saya juga. "Mak saya ni jenis pilih kasih sikit. Dia ada anak dan cucu kesayangan. Jahat ke selepas bertahun-tahun biarkan dia tinggal dekat situ secara percuma dan sekarang saya ambil keputusan untuk jual?," jelasnya.Katanya, dia tidak mempunyai masalah dengan adik-beradiknya kerana mereka sentiasa mengambil berat tentang ibu, termasuk membawanya mendapatkan rawatan, membeli makanan dan memenuhi keperluan harian.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hairan rakan beli rumah 900 kaki persegi RM600,000... Rupanya pilih utamakan jiran ‘educated’ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 14 tahun beli, wanita baru sedar rupanya rumah adalah liabiliti... Terpaksa jual semula demi kelangsungan hidup"Saya tak ada isu dengan adik-beradik. Tapi mereka letak barang-barang yang dah tak pakai dekat rumah tu bertahun-tahun dan biarkan berhabuk, penuh ruang bilik."Apa yang saya bimbangkan sekarang untuk jual rumah tu. Tak pasti sama ada benda ni akan buatkan saya jadi anak yang berdosa di sisi Allah atau tak," katanya lagi penuh hiba.Perkongsian hiba itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.Rata-ratanya berpendapat wanita berkenaan berhak sepenuhnya untuk membuat keputusan ke atas harta miliknya, apatah lagi dia sama sekali tidak mengabaikan kebajikan si ibu.Hilang kerja, ibu tunggal dilema jual rumah demi anak-anak.Wanita bimbang berdosa jika jual rumah didiami ibu.Hubungan renggang dengan ibu, wanita nekad mulakan hidup baharu.Netizen sokong wanita jual rumah miliknya demi masa depan anak.Rumah milik sendiri mahu dijual, wanita takut dianggap anak derhaka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak jahat... jual dan kering (kuatkan) hati. Backlash (tentangan) mungkin besar, tapi fikir diri sendiri dan anak-anak."Jual je awak, tu memang hak awak dan anak-anak. Mak awak tu biarlah adik-beradik lain ambil dan jaga. Dah kenapa awak seorang saja nak kena tanggung semua."Jahat tak jahat, awak tak buang mak awak pun dan rumah tu memang milik awak. Mak awak sepatutnya sedar diri sama yang bukan awak je anak dia. Kalau mak nak duduk situ, minta adik-beradik lain bayar dekat awak," komen beberapa netizen.