SETIAP orang pasti akan berusaha untuk memiliki kehidupan yang selesa di hari tua.
Namun kadang kala langkah yang diambil turut disertai dengan pelbagai cabaran termasuk daripada segi kewangan dan gaya hidup.
Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah kehidupannya yang terpaksa menjual rumah selepas berbelas tahun memilikinya bagi mengurangkan komitmen bulanan.

Setiap orang mempunyai ujian yang berbeza. -Gambar hiasan AI
"Betullah orang kata, titik permulaan kehidupan adalah pada usia 40 tahun.
"Di saat rakan sebaya sudah berjaya membeli rumah, saya pula terpaksa menjual kediaman yang dibeli hasil titik peluh sendiri," luahnya sayu.
Lebih menambah rasa sedih apabila dia mendedahkan rumah berkenaan sudah dibayar selama tempoh hampir 14 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakit
ARTIKEL BERKAITAN: Umur 40 tahun ke atas paling biadab, banyak hal! Peniaga urut dada, migrain layan kebanyakan pelanggan berusia
"Itulah titik permulaan hidup saya, yang bermula daripada bawah semula," tambahnya.
Seperti insan lain, wanita ini turut dibelenggu rasa sedih, namun dia mengakui tidak mempunyai rasa kesal dengan keputusan yang dibuat.
Bahkan katanya, dengan langkah yang diambil itu, dia dapat mengurangkan komitmen bulanan sebanyak RM1,300.
- Wanita terpaksa menjual rumah sendiri selepas hampir 14 tahun membayarnya pada usia 40 tahun.
- Keputusan dibuat untuk kurangkan komitmen bulanan sebanyak RM1,300 dan sewa rumah lebih murah.
- Walaupun sedih, dia tidak menyesal dan menganggap ini sebagai titik permulaan hidup baru.
- Rumah dibeli pada usia 27 tahun selepas perbincangan dengan ibu bapa dan pertimbangan matang.
- Perkongsian mendapat sokongan netizen yang menekankan perjalanan hidup penuh naik turun dan pentingnya redha.
"Saya dapat kurangkan komitmen bulanan sebanyak RM1,300 dan menyewa dengan kadar sewa lebih murah.
"Sedih memang sedih, tapi hidup mesti diteruskan... tak berjodoh untuk tinggal di rumah sendiri," tambahnya sambil menyatakan rumah dibeli pada usia 27 tahun.
Malah katanya, pembelian dibuat selepas sesi perbincangan bersama ibu bapa dan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan kerana masih belum berkahwin ketika itu.

Warga maya memberi kata-kata sokongan padanya.
Perkongsian hidupnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi sokongan moral dan berkongsi pengalaman serupa.
"Ini adalah satu perjalanan hidup, naik turun tu perkara biasa sebab dunia bukan kita yang punya... tapi tauhid tu penting.
"Faham, jual rumah yang dah duduk berbelas tahun dan rasa hidup dah secure tapi kalau Allah nak ambil, Dia ambil juga.
"Saya beli rumah pun rasa nak jual pula sebab jadi liabiliti pada diri sendiri... dah berumur ni, anak-anak fasa membesar dan dua orang duduk asrama," demikian reaksi netizen.


