suria

Tak suka amalan 'memandai' genapkan bayaran COD, rider bidas pelanggan kedekut - "Kami tak kaya pun dengan ekstra sen tu"

Memberi upah kepada rider bergantung kepada budi bicara pelanggan. -Gambar hiasan AI

HANTARAN seorang wanita mengenai sikap segelintir penghantar barang atau rider yang gemar menggenapkan harga mengundang reaksi bercampur baur daripada netizen.

Menurut wanita berkenaan, dia berdepan situasi sebegitu apabila rider terus memberitahunya harga genap bagi barangan yang dibeli menggunakan kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD).

"Pertama kali dapat rider yang pandai-pandai genapkan harga. Pertama RM118.95 dia terus mesej RM119, kemudian rider yang sama, RM161.42 terus dia tulis RM161.50.

"Turn off terus, memang nilai kecil tapi entah berapa ramai dia buat macam tu," luahnya di Thread.

Ramai yang berminat menyertai perkhidmatan penghantaran barang. -Gambar hiasan AI

Ramai yang berminat bekerja sebagai penghantar barang. -Gambar hiasan AI

Luahannya itu membuatkan seorang lelaki yang mengaku menawarkan perkhidmatan penghantaran tampil memberi pandangan.

Menerusi komen balas, dia seolah-olah mengkritik wanita berkenaan sebagai seorang yang kedekut dan tidak memahami kesukaran dialami penghantar barang.

"Rezeki saya sepanjang buat kerja delivery, tak pernah lagi jumpa pelanggan yang kedekut seperti puan ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider bangga kerja 'main-main' pun raih lebih RM4,000 sebulan, anggap lebih untung daripada orang makan gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Arkitek pun buat dua kerja, tak malu jadi ‘rider’ nak cari duit lebih... Sikit pun tak mengeluh penat, faham konsep syukur

"Ramai yang faham upah kami (rider) rendah, jadi kalau harga RM9.20 atau RM9.50 tu, pelanggan akan bagi RM10 tanpa minta baki.

"Sekali sekala ada yang siap bagi ekstra RM2 hingga RM5, duit minum," ujarnya berkongsi pengalaman sebagai rider.

Tambahnya lagi, hanya pelanggan yang menggunakan kaedah bayaran imbas kod QR akan memberi jumlah bayaran yang ditetapkan sebagaimana pembelian menerusi e-dagang.

  • Wanita dakwa ada rider gemar genapkan harga bayaran COD tanpa persetujuan.
  • Kongsi pengalaman dua kali terima mesej jumlah dibundarkan.
  • Rider tampil pertahan tindakan itu, kata pelanggan patut faham upah rendah.
  • Dakwa kebiasaan pelanggan genapkan harga atau beri tip.
  • Netizen bantah, anggap genapkan bayaran tanpa izin sebagai haram.

Namun katanya, terdapat juga pelanggan yang memilih untuk menggenapkan bayaran kepada ringgit terhampir.

"Kami tak kaya pun dengan ekstra sen tu, dengan nilai sen upah rider pun puan nak turn off, nampaknya bukan rider yang bermasalah," katanya lagi.

Bagaimanapun, pandangannya itu mengundang rasa kurang senang warga maya yang menyifatkan tindakan menggenapkan bayaran tanpa persetujuan pembeli adalah haram.

Tidak kurang juga yang menyatakan pemberian tip atau upah sepatutnya bergantung kepada pelanggan dan bukan hak rider untuk menetapkannya.

Warga maya tidak bersetuju dengan pandangannya.

Warga maya tidak bersetuju dengan pandangannya.

"Bukan isu kedekut tapi akad tu tak seiring dengan jumlah, apa hukumnya?

"Nilai sen baki tu memang tak kaya pun, tapi boleh jadi asbab nanti penghalang masuk syurga kalau tak dihalalkan.

"Apa mentaliti rider macam hang, haram tetap haram.

"Jangan jadi enabler pada perkara salah, okay je kalau pembeli sendiri nak genapkan, ini masalahnya rider yang pandai-pandai," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain