suria

Rider bangga kerja 'main-main' pun raih lebih RM4,000 sebulan, anggap lebih untung daripada orang makan gaji

Ramai anak muda mencari rezeki sebagai rider sementara menunggu tawaran kerja yang lebih baik. -Gambar hiasan AI

SEORANG pekerja penghantaran makanan meraih perhatian ramai selepas mendedahkan pendapatan bulanan yang diterimanya.

Dalam hantaran di Thread, pemuda itu berkata dia tidak menyangka pekerjaan sebagai rider juga mampu membawa pulangan yang berbaloi.

"Dulu sebelum aku masuk dalam dunia rider, aku tak pernah tahu pun gaji rider lagi besar daripada kerja dengan mana-mana syarikat kecuali yang dari Singapura.

A food delivery rider was seen holding the food wrapped with single use plastic bags at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Golongan rider berdepan risiko tinggi ketika berada di atas jalan raya. -Gambar hiasan

"Sekarang aku boleh capai RM4,500 senang-senang je. Buat kerja pun main-main. Kalau hujan, berhenti kejap bawah jambatan.

"Sedar tak sedar seminggu gaji RM1,250. Kenapa dari dulu aku tak buat (kerja ini) eh?" tulis pemuda itu.

Jelasnya lagi, dia biasanya memulakan kerja selepas waktu Subuh dan hanya pulang kira-kira pukul 6 petang.

  • Rider dedah terima pendapatan sekitar RM4,500 sebulan.
  • Dia tidak menyangka mampu meraih pendapatan sebanyak itu sebagai rider.
  • Netizen minta rider itu fikir tentang kesihatan dan masa depan.
  • Netizen juga khuathir perkongsian pemuda itu jadi contoh kurang baik buat budak sekolah.

Tambahnya lagi, dia juga akan menghentikan kerja-kerja penghantaran setiap kali masuknya waktu solat.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu memberi teguran kepada pemuda itu agar berfikir lebih jauh untuk masa depannya.

Menurut netizen lagi, pemuda itu juga perlu memikirkan soal keupayaan dan kesihatan apabila usianya semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik

ARTIKEL BERKAITAN: Rider betul-betul ikut arahan, hantar 'order' kepada pokok tepi jalan! Pelanggan salah 'pin' lokasi sayu lihat makanan terbazir

"Lepas lima tahun, up balik post ni bang. Nak tengok kot-kot ada kenaikan tak dari RM4,500 (pendapatan sekarang).

"Bukan nak downgrade, tapi takut budak-budak sekolah tengok ini sebagai contoh kenapa tak perlu belajar rajin rajin.

"Kena ada matlamat. Badan tak selamanya larat nak push banyak macam ni. Kena rancang, umur 40 nanti nak buat apa?

"Badan nak pakai lama. Beringatlah. Untuk sementara bolehlah kerja ni. Long term bahaya," antara komen netizen.

 

Artikel Lain