SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas berkongsi pengalaman keluar makan bersama suaminya yang mana ketika itu mereka memesan hidangan daging tomahawk di sebuah restoran.
Menurut wanita berkenaan, penantian selama hampir sejam berakhir dengan kekecewaan apabila hidangan mereka dihantar ke meja orang lain.
"Suami aku order tomahawk steak. Dia pilih daging, assisted (dibantu) oleh seorang staf. Tunggu dekat sejam tak kunjung tiba, rupanya stik tu dimakan oleh aunty meja sebelah yang datang lepas kami.

Kini semakin banyak restoran di Malaysia menawarkan hidangan tomahawk. -Gambar hiasan AI
"Padahal stik itu dihantar (ke meja sebelah) oleh staf yang assist suami aku tadi. Aunty tu tak makan terus. Dia termenung dulu, macam clueless. Tapi akhirnya dia makan.
"Mungkin dia order benda yang sama. Suami aku tanya staf kedai, dia kata dah siap tapi salah hantar. Kesian pula aunty tu dan suaminya. Suami saya pilih tomahawk besar, jadi mereka kena bayar lebih la," kongsinya.
Tambahnya, kakitangan kedai menawarkan untuk membetulkan kesilapan mereka, namun dia dan suami sudah keletihan untuk menunggu lebih lama.
- Wanita kongsi cerita suaminya pesan tomahawk di sebuah restoran.
- Mereka menunggu hampir sejam sebelum mengetahui hidangan itu dihantar ke meja salah.
- Mereka tidak mampu lagi untuk menunggu dan pulang tanpa menjamu hidangan itu.
- Beberapa pelayar Thread turut kongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.
"Staf yang hantar order adalah staf yang sama assist suami pilih daging. Tak tahu apa yang budak tu fikirkan. Staf tu offer nak buatkan (hidangan) ke tak?
"Jawapannya memang tidaklah. Dah lama tunggu, nak tunggu berapa lama lagi kan? Jadi kami bayar makanan-makanan lain, lepas tu balik," imbasnya lagi.
Di ruangan komen, beberapa individu mengakui mereka juga pernah berdepan situasi sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Perut lapar, hati sakit! Pelanggan bengang kedai makan tak sedia menu bergambar... Makin geram pelayan pun tak membantu
ARTIKEL BERKAITAN: Ada pelayan tak fikir bahaya... Tetap hidang makanan panas dekat bayi, janji kerja siap! - "Tangan baby 'laju' sangat"
Menurut netizen lagi, mungkin ada sebab kejadian itu berlaku dan ia juga berkait dengan rezeki seseorang.
"Betul la orang cakap kalau bukan rezeki, nasi kat mulut boleh jatuh, tomahawk depan mata boleh ke meja sebelah.
"Mungkin hari tu Allah tak izinkan kita makan hidangan tu. Tapi tak mungkin saya akan ke restoran yang sama lagi.
"Kalau saya yang tak penyabar ni dah minta nak cakap dengan manager dah," tulis beberapa netizen.


