SEORANG wanita menegur tindakan pekerja restoran yang meletakkan hidangan terlalu dekat dengan bayi ketika menghantar makanan ke meja pelanggan.
Baginya, amalan itu boleh mengundang bahaya terutamanya apabila makanan yang dihidang masih panas.
"Boleh tak normalisasikan, jangan hidang makanan dekat tempat duduk bayi atau budak kecil.

Menikmati hidangan di restoran atau kedai makan lebih memudahkan. -Gambar hiasan
"Dekat situlah ada bayi, kat situ jugalah dia letak makanan... tengah panas pula tu," ujarnya di Thread.
Menurut wanita ini, dia telah beberapa kali berdepan situasi sama di premis makanan berbeza.
Susulan itu, dia meminta supaya majikan memberi penerangan atau peringatan kepada pekerja mereka berhubung perkara ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja gerai R&R cakap kasar layan pelanggan, sambil lewa bancuh air... Lepas tengok sekeliling rupanya ada ‘benda’ tak kena
"Dah dua, tiga kedai pergi macam itulah juga perangainya.
"Majikan kedai makan ni kena ajar atau bagi penerangan pada staf... apabila nampak ada bayi atau budak kecil, sila pusing ke tempat lain letak makanan.
- Wanita tegur staf restoran letak makanan terlalu dekat dengan bayi.
- Katanya, tindakan itu bahaya terutama bila makanan masih panas.
- Dah beberapa kali alami situasi sama di kedai berbeza.
- Harap majikan beri penerangan atau ajar staf lebih peka.
- Netizen sokong, kongsi pengalaman anak hampir cedera.
"Kita risau tangan anak kadang-kadang laju sangat," tambahnya.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakan golongan wanita bersetuju tentang apa yang dibimbanginya.

Segelintir warga maya pernah mengalami situasi sama.
"Betul, punya banyak tempat boleh letak, kita ni nampak je terus cepat alihkan tapi tangan baby tersangat laju.
"Saya nampak je pelayan datang bawa makanan, terus pegang tangan anak sebab tak semua boleh fikir bahaya kat anak kita.
"Baru empat hari lepas anak saya kena siram dengan air kosong yang berais, pekerja tu tengah letak air lain, dia tak perasan dulang dah senget," demikian antara reaksi netizen.


