suria

“Mulut kau busuk, bau tengik!” - Lelaki tak khusyuk solat sebelah jemaah perokok, pening kena hidu bau nafas

Perokok disaran memberus gigi selepas merokok. -Gambar hiasan

GOLONGAN perokok diingatkan agar lebih peka dan beradab jika mereka bercadang untuk menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau.

Menerusi teguran terbuka di media sosial, seorang lelaki berkata tindakan segelintir individu yang menghisap rokok ketika dalam perjalanan ke rumah Allah sebenarnya memberi kesan kepada jemaah lain.

Jelasnya, tindakan golongan itu membuatkan pakaian dan mulut mereka berbau busuk hingga mengganggu solat.

Umat Islam disaran membersihkan diri, berpakaian bersih sebelum menunaikan solat. -Gambar hiasanUmat Islam disaran membersihkan diri, berpakaian bersih sebelum menunaikan solat. -Gambar hiasan

"Tolong jangan hisap rokok semasa nak pergi solat tu bang. Mulut kau bau busuk. Bau tengik kau tahu tak?

"Apabila kau solat, bau nafas daripada rokok hinggap dekat makmum sebelah kau.

"Serius busuk bang. Aku tak boleh fokus tadi. Pening aku, jujur aku cakap ni," kongsinya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedia lepaskan BF perokok, tak mahu dituduh mandul jika kahwin tapi tiada anak - “Padahal lelaki tak subur sebab rokok”

ARTIKEL BERKAITAN: Datang masjid lambat, mahu pahala saf depan... Pemuda ‘rampas’ tempat kanak-kanak, cepat-cepat solat sunat

Katanya, situasi menjadi lebih tidak selesa apabila solat dilakukan di ruang berpendingin hawa menyebabkan bau rokok lebih kuat dan mengganggu tumpuan jemaah lain.

Dia menegaskan, merokok adalah pilihan walaupun ia boleh menjejaskan kesihatan namun biarlah dilakukan selepas solat agar tidak menjejaskan keselesaan dan kekhusyukan orang lain.

  • Perokok ditegur agar tidak merokok sebelum menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau.
  • Teguran itu dibuat selepas terganggu dengan bau rokok daripada jemaah ketika solat.
  • Bau rokok menjadi lebih kuat apabila solat dilakukan di ruang berpendingin hawa.
  • Jika nak merokok, lakukan selepas solat demi menjaga keselesaan jemaah lain.
  • Netizen menyokong teguran tersebut, sambil mengingatkan pentingnya menjaga kebersihan mulut sebelum ke masjid.

"Tolong fikir orang lain sikit, minta tolong sangat ni. Nak hadap Allah biar beradab bang.

"Kita sama-sama berubah ke arah lebih baik ya," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu disokong warga maya yang menyarankan jemaah memberus gigi terlebih dahulu kerana bau kurang enak bukan sahaja membabitkan rokok, malah juga makanan.

"Saya lagi tak gemar lepas baca dua tiga baris sendawa bau cili gepuk, tak gepuk nasi ayam nya cili perghhh nak muntah. 

"Nabi larang pergi ke masjid kalau mulut berbau bawang, apatah lagi rokok. Kalau tak gosok gigi lagi paing bau dia," katanya.

Artikel Lain