suria

“Dia tutup mulut budak tu” - Individu dedah perbuatan terkutuk senior di sekolah, guna populariti ‘makan’ adik angkat

Mangsa jenayah seksual berdepan trauma yang berpanjangan. -Gambar hiasan

KES jenayah seksual membabitkan mangsa pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Melaka nampaknya mengundang lebih banyak pembongkaran tentang salah laku seperti itu dalam institusi pendidikan.

Menerusi luahan seorang individu di Thread, dia mendakwa menyaksikan perilaku tidak bermoral seorang senior lelaki yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan.

Jelas individu itu, meskipun sekolahnya terkenal dengan disiplin ketat, kejadian tidak senonoh membabitkan pelajar tersebut tetap berlaku.

Pelajar yang menjadi mangsa seksual atau buli perlu diberikan sokongan moral. -Gambar hiasanPelajar yang menjadi mangsa seksual atau buli perlu diberikan sokongan moral. -Gambar hiasan

“Ada pelajar lelaki senior ni, kelas depan dan ramai junior perempuan tergila-gila nak jadi adik angkat dia.

"Nak dijadikan cerita, saya pun terjebak berkawan dengan senior ni tetapi saya bukan adik angkat dia," katanya memulakan cerita.

Imbas individu itu tentang apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu ketika dia masih bersekolah, perkenalan dengan lelaki itu membongkar sisi gelap pelajar tersebut yang suka mengambil kesempatan terhadap pelajar perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar trauma dirogol 2 senior calon SPM dalam kelas, video kejadian tersebar di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti cinta alam sekitar bertukar tragedi, remaja perempuan dirogol pelajar senior dalam hutan

"Dia sendiri cerita dengan saya yang dia boleh buat benda terkutuk kepada adik angkat dia tu dalam dewan peperiksaan waktu rehat.

"Kunci dia yang pegang. Waktu semua orang dah balik, dia bawa perempuan masuk dalam kelas. Apabila guard round, dia tutup mulut budak tu.

"Paksa atau rela? Ada yang rela, ada yang paksa, ada yang dipujuk dengan duit," dakwanya lagi.

  • Seorang wanita terkenang kejadian tidak bermoral yang pernah berlaku di sekolah lamanya 10 tahun lalu.
  • Dakwanya seorang pelajar lelaki senior mengaku mencabul pelajar perempuan di dewan peperiksaan.
  • Pelaku dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai ketua kelas selain mengumpan mangsa dengan duit.
  • Pengadu turut turut diganggu oleh pelajar tersebut yang bersikap obses dan psiko.
  • Dia tegaskan punca gejala sosial remaja berpunca daripada kurang perhatian ibu bapa di rumah.

Wanita itu mengaku dia kemudian menjauhkan diri, tetapi diganggu oleh pelajar berkenaan yang obses dan bersikap seperti seorang psiko.

“Saya block dia berkali-kali, tapi dia beli nombor baru semata-mata nak chat dengan saya. 

"Pernah dia hantar gambar tiga atau empat keping sim kad baru dan cakap... kau nak block aku kan? Aku dah standby,” katanya.

Tambah pengadu, dia berharap perkongsian itu dapat membuka mata masyarakat agar berwaspada tentang kes jenayah seksual di sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk menuntut ilmu.

Malah dia berpendapat bahawa punca utama gejala sosial dan keruntuhan moral dalam kalangan pelajar bermula dari rumah.

“Kebanyakan anak perempuan yang mencari teman lelaki adalah kerana mereka kurang kasih sayang ibu bapa. Anak lelaki pula rosak sebab tiada pengawasan dan terdedah kepada bahan lucah,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen.

Dalam pada itu dia menyeru pihak sekolah supaya lebih tegas dalam menangani isu pelajar bermasalah serta menambah baik pemantauan keselamatan di kawasan sekolah.

“Guru-guru kena sepakat membanteras budaya ini. Kerajaan pun perlu sediakan peruntukan pasang CCTV di tangga, laluan tersembunyi dan kawasan kelas,” ujarnya.

“Pelajar bermasalah selalunya datang daripada keluarga yang rosak. Jangan jadikan kisah mereka bahan bualan di bilik guru. Apabila tiada tempat mengadu, mereka pendam dan akhirnya jadi mangsa gangguan atau buli,” katanya.

Perkongsian itu diakui netizen kerana jenayah berkenaan berlaku sejak dahulu lagi dan sukar dibendung.

"Sebenarnya masyarakat kita terutama remaja bukan semakin tenat, tapi sama sejak dulu.

"Dah banyak berlaku 20 tahun dulu, kes sumbang mahram, mengandung luar nikah, pelajar merogol pelajar, memang ada berlaku.

"Tapi banyak yang disenyapkan untuk menjaga aib dan lagi satu dulu tiada media sosial untuk viral," kata netizen.

Artikel Lain