Mayat melibatkan kes jenayah akan dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. -Gambar hiasan
SEORANG model ditemukan maut dalam keadaan mencurigakan di sebuah unit kondominium, dengan mayatnya terbaring di sebelah katil manakala kepalanya ditutup dua biji bantal.Mangsa, Panitsuda Hattadol, 25, yang juga bekerja sebagai jurujual dalam talian, ditemukan tidak bernyawa sekitar pukul 7 malam, 2 Mei lalu di sebuah unit tingkat empat di daerah Bang Bua Thong, Nonthaburi, Thailand. Keadaan dalam rumah tersebut turut menimbulkan tanda tanya apabila didapati berselerak, seolah-olah berlaku pergelutan. Siasatan awal forensik mengklasifikasikan kes ini sebagai pembunuhan, sekali gus teman lelaki mangsa, Nittirun Laosuksantisawong, 33, disyaki sebagai suspek utama susulan dilaporkan menghilangkan diri selepas kejadian.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek meninggalkan kondominium berkenaan seorang diri pada 30 April sebelum gagal dikesan. Lebih mengejutkan, pihak berkuasa menemukan sebuah diari dipercayai milik suspek yang mengandungi mesej seakan-akan menjangkakan kejadian buruk, termasuk permintaan supaya kucing dan barang peribadi dijaga.Polis kemudian memperoleh waran tangkap atas tuduhan membunuh dengan sengaja.Suspek akhirnya berjaya diberkas di sebuah hotel di Chiang Mai.Setakat ini, motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian di wilayah Yasothon. -Agensi