SELEPAS sedekad bergelar anak seni, penyanyi Ara Johari tidak dapat menahan sebak ketika menjayakan showcase sulung sempena ulang tahun ke-10 pembabitannya dalam industri muzik pada malam Jumaat.Momen penuh emosi itu berlaku ketika Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, mendendangkan lagu Belum Siap Kehilangan yang pernah dipopularkan penyanyi Indonesia, Stevan Pasaribu. Menurut Ara, lagu berkenaan mengimbau pelbagai kenangan sepanjang perjalanan seninya, termasuk ketika dia mula bertapak dalam industri muzik dan berusaha membina nama sehingga berada pada tahap sekarang.“Ketika menyanyikan lagu itu, Ara terkenang kembali memori sewaktu mula-mula dalam industri muzik dan masih merangkak untuk sampai ke tahap sekarang.Ara akui bukan mudah untuk mengekalkan nama dalam industri. “Selama berada dalam industri, Ara tak pernah tunjuk kepada orang yang Ara ini lemah. Ara selalu tunjuk sisi yang kuat, ceria dan suka ketawa, tetapi tak pernah tunjuk sisi yang menangis.“Jadi, hari ini semuanya terkeluar. Ara juga mahu ceritakan perjalanan seni yang dilalui kerana lagu itu sangat berkait dengan kehidupan Ara,” katanya sejurus selepas showcase berkenaan.Dalam pada itu, Ara tidak menafikan pernah terdetik untuk mengalah sepanjang bergelar anak seni, namun perasaan tersebut biasanya hadir ketika dia terlalu penat sebelum kembali bangkit dengan semangat baharu.“Ara pernah rasa begitu, tetapi perkara itu hanya datang ketika sedang penat. Bila bangun keesokan harinya, Ara akan rasa okey semula.ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari masih terima undangan pentas ketika bertanding GV Fantasia, gementar bersaing penyanyi seniorARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari cemas terperangkap dalam lif hampir 40 minit, terpaksa panjat keluar“Ara fikir masih ada keluarga yang perlu dijaga, tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilaksanakan. Dari situ Ara dapat kekuatan untuk bangkit,” ujarnya.Berkongsi mengenai individu yang menjadi pembakar semangatnya, Ara menyifatkan bapanya sebagai insan paling banyak memberikan sokongan sejak dia mula menunjukkan minat dalam bidang nyanyian.Malah, keputusan menyertai program Akademi Fantasia (AF) juga dibuat atas dorongan bapanya yang sentiasa percaya terhadap bakat dimiliki anaknya itu.“Dialah penguat Ara untuk teruskan perjalanan dalam industri ini kerana orang lain tidak tahu kesusahan yang kita lalui untuk sampai ke tahap sekarang. Ara fikir masih ada keluarga yang perlu dijaga, tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilaksanakan.ARA JOHARIPENYANYI“Kalau Ara kena kecam, ayah akan cakap tidak mengapa, biarkan orang nak cakap apa, janji kita buat yang terbaik,” katanya.Mengulas cabaran sepanjang persiapan showcase sulung itu, Ara mengakui latihan tarian menjadi perkara paling sukar memandangkan dia bukan seorang penari.Malah, dia pernah menjalani latihan sehingga 12 jam semata-mata untuk menghafal pergerakan bagi sebuah lagu.“Ara memang bukan penari. Bila sudah ajar pergerakan kedua, yang pertama pula lupa. Jadi, memang mengambil masa untuk hafal semuanya,” katanya.Pada persembahan sama, Ara turut menyampaikan lagu dangdut berjudul Rindu yang cukup istimewa buat dirinya kerana genre berkenaan merupakan antara minatnya sejak berusia 10 tahun.Ara berjanji untuk sentiasa memberikan karya yang terbaik buat peminat. Malah, lagu tersebut juga menjadi pilihan pertamanya ketika menghadiri sesi uji bakat suatu ketika dahulu.Showcase berdurasi dua jam yang berlangsung di Robert’s Theater, The Campus Ampang itu dihadiri kira-kira 500 peminat yang turut memeriahkan suasana dengan mengenakan pakaian mengikut tema putih.Sepanjang persembahan, Ara mendendangkan sebanyak 15 lagu termasuk Paku, medley Racun Hati, Tetap Aku Cinta, Sudah, Terlalu Bodoh, Warkah Untukmu dan Rindu.Pada segmen kedua, Ara meneruskan persembahan menerusi lagu Sumpahan Salju, Keliru, Kisah Hampir Sempurna, Menjaga Jodoh Orang Lain yang merupakan karya baharu ciptaan Hael Husaini serta Bunga.Malah kemunculan Mad Saba sebagai artis jemputan juga mengamatkan suasana apabila menceriakan penonton dengan lawak-lawak bersahaja.Selain persembahan bertenaga, showcase berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis seperti Nabila Razali, Misha Omar, Hun Haqeem, Fiza Thomas dan Zarol.