suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ara Johari cemas terperangkap dalam lif hampir 40 minit, terpaksa panjat untuk keluar

Ara menceritakan kembali situasi dia terperangkap di dalam lif.

PENYANYI Ara Johari berkongsi detik cemas apabila terperangkap di dalam lif selama hampir 40 minit ketika menghadiri sebuah acara di Sarawak pada Sabtu.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.30 petang ketika dia dalam perjalanan menuju ke bilik selepas selesai bersiap untuk membuat persembahan.

Kata Ara, lif berkenaan tiba-tiba tersangkut di antara tingkat tiga dan empat di kawasan parkir, sekali gus menyebabkan dia bersama beberapa individu lain terkandas.

“Kejadian itu berlaku kira-kira tiga hari lalu ketika saya menghadiri sebuah acara di Sarawak. Ketika itu, saya sudah siap bersolek dan sekitar pukul 3.30 petang, saya menaiki lif untuk ke bilik tetapi tiba-tiba lif tersangkut.

Ara berkongsi video dia terperangkap di dalam lif. 

“Dalam lif itu ada beberapa orang lain termasuk pemain yang mengalami kecederaan dan seorang petugas perubatan. Lif tersangkut di antara tingkat tiga dan empat kawasan parkir. 

“Kami sudah menekan loceng kecemasan tetapi tiada siapa mendengar kerana kawasan itu tidak ramai orang lalu,” katanya kepada mStar. 

Ara berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video Kisah Yang Hampir Sempurna yang diadakan di Menara Simfoni, Petaling Jaya pada Selasa. 

Mengulas lanjut, Ara berkata pengurusnya mengambil inisiatif membuka sedikit pintu lif bagi membolehkan mereka mendapatkan liputan telefon untuk menghubungi pihak yang boleh membantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Honda Civic, kini Ara Johari pandu Toyota Alphard... Pasang impian beli rumah idaman 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ‘cium’ tak minta maaf, Ara Johari kesal pemandu Axia kuning lari lepas langgar keretanya

“Pengurus saya cuba membuka sedikit pintu lif kerana langsung tiada liputan telefon di dalamnya.

“Selepas pintu berjaya dibuka sedikit, barulah kami mendapat liputan telefon dan dapat menghubungi pasukan saya serta penganjur untuk mendapatkan bantuan juruteknik.

“Hampir 40 minit juga saya terperangkap dalam lif itu. Apabila pintu akhirnya berjaya dibuka, kami terpaksa memanjat untuk keluar,” jelasnya.

Biarpun berdepan situasi mencemaskan, Ara memberitahu dia tidak terlalu panik, sebaliknya cuba memikirkan tindakan yang perlu dilakukan untuk keluar daripada keadaan tersebut.

Saya cuma tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan dalam situasi itu

ARA JOHARI 

PENYANYI 

Menurutnya, kehadiran pengurusnya ketika kejadian banyak membantu, selain jumlah individu yang tidak terlalu ramai di dalam lif berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak terlalu panik. Saya cuma tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan dalam situasi itu. Nasib baik pengurus saya ada bersama. Kalau saya terperangkap seorang diri, mungkin saya langsung tidak tahu apa yang perlu dibuat.

“Rasanya saya hanya akan duduk dan reda menunggu sehingga pintu lif dibuka. Nasib baik ketika kejadian tidak terlalu ramai orang berada dalam lif. Ada sekitar lima atau enam orang sahaja, jadi keadaan tidaklah terlalu sesak.

“Selepas kejadian itu, saya okey sahaja. Cuma ketika hendak pulang ke bilik, saya terpaksa menggunakan tangga kerana lif tersebut memang tidak boleh digunakan,” kongsinya.

Situasi terperangkap di dalam lif jadi satu pengalaman buat Ara. 

Sebelum ini, Ara turut memuat naik video menerusi akaun TikTok miliknya yang memaparkan detik ketika dia terperangkap di dalam lif berkenaan.

Video itu menunjukkan situasi yang dilaluinya sepanjang insiden tersebut sehingga dia dan individu lain berjaya diselamatkan.

Dalam perkembangan lain, Ara baharu sahaja melancarkan single berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna yang dihasilkan dengan kerjasama komposertempatan, Aepul Roza dan Daus Drama Band.

Dalam masa, penyanyi berkenaan turut memaklumkan bakal  mengadakan Showcase Sedekad Bersuara Johari di Robert’sTheater, The Campus Ampang pada 30 November ini.

Artikel Lain