suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janna Nick belum terfikir ‘comeback’ berlakon, kejar cita-cita jadi pengarah terbaik

Janna mahu memberi fokus terhadap kerja-kerja di belakang tabir.

SETAHUN meninggalkan dunia lakonan untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK), pelakon Janna Nick kini lebih teruja untuk meneroka peluang baharu dalam bidang pengarahan berbanding kembali aktif di hadapan kamera.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata meskipun melihat rakan-rakan industri seronok menjayakan pelbagai watak, dia merasakan belum tiba masanya untuk memikirkan soal untuk kembali berlakon.

Sebaliknya, Janna mengakui cita-citanya kini lebih menjurus kepada usaha menjadi seorang pengarah yang baik.

"Bila tengok kawan-kawan berlakon seronok, sejujurnya saya fikir belum masanya lagi untuk berfikir tentang dunia lakonan. 

Janna (tengah) bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah terbaik.

Janna bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah terbaik.

"Cita-cita saya bukan nak jadi pelakon terbaik, kalau dapat naskhah yang baik memang kita nak buat yang terbaik, sudah tentu. 

"Tapi cita-cita saya lebih kepada menjadi seorang pengarah yang terbaik," katanya kepada mStar. 

Berkongsi perancangan selepas ini, Janna memberitahu dia bakal lebih aktif di belakang tabir dan tidak sabar untuk berkongsi perkembangan terbaharu mengenai projek yang sedang dirancang pada tahun depan.

Kongsinya, perubahan hala tuju itu mungkin menyebabkan penonton kurang melihat kemunculannya di kaca televisyen kerana dia mahu memberikan tumpuan kepada bidang pengarahan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Janna Nick tamat belajar di UK dengan keputusan cemerlang, setahun sorok pengajian bimbang penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick ambil ubat hormon demi zuriat, tak peduli perubahan tubuh... “Lantaklah korang! Goals saya bukan nak melawa”

"Selepas ini saya akan lebih aktif di belakang tabir, memang ada berita yang saya dah tak sabar nak kongsikan kepada semua tahun depan insya-Allah. 

"Mungkin penonton akan kurang nampak saya di televisyen selepas ini kerana akan lebih fokus dalam bidang pengarahan," ujarnya. 

Dalam pada itu, Janna berkata dia mempunyai hasrat untuk menghasilkan karya yang mengangkat isu trauma zaman kanak-kanak, khususnya kisah golongan yang sukar menyuarakan pengalaman serta penderitaan mereka.

Kalau dapat tawaran filem mungkin saya akan terima

JANNA NICK 

PELAKON 

"Saya ada cerita yang sangat bagus untuk dikongsikan, saya nak cerita tentang trauma zaman kanak-kanak. Apa yang boleh memberi manfaat kepada golongan yang tidak boleh berkata-kata. 

"Macam kita tahu anak-anak kecil ini tidak boleh bersuara kerana orang tak percayakan mereka, atau mereka takut untuk bersuara. 

"Itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan cerita mereka, itulah goals saya," jelasnya. 

 

Bagaimanapun, Janna tidak menolak kemungkinan untuk menerima tawaran berlakon sekiranya diberikan naskhah yang menarik dan bersesuaian dengannya.

Janna sebelum ini melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Janna sebelum ini melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Menurutnya, dia mungkin mempertimbangkan tawaran filem, manakala tawaran drama pula perlu diteliti terlebih dahulu kerana komitmen penggambaran yang panjang boleh menjejaskan ruang untuknya berkarya di belakang tabir.

"Kalau dapat tawaran filem mungkin saya akan terima. Jika drama, saya akan lihat naskhahnya bagaimana. 

"Lakonan drama memerlukan penglibatan waktu yang sangat panjang, minimum 35 hari. Sehari shooting dalam 18 jam tapi dalam situasi sekarang ini saya perlu fikir secara kreatif, otak saya tak boleh penat. 

"Sebagai individu di belakang tabir, nak fikir secara kreatif itu perlu ada ruang yang tenang," katanya. 

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Janna memaklumkan sudah menamatkan pengajian dalam jurusan Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom dengan keputusan cemerlang. 

Menurut Janna, kejayaan itu menjadi penutup kepada segala penat lelah sepanjang setahun menuntut ilmu di luar negara.

Artikel Lain