suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan hadiah biasa-biasa! Kelab peminat wakaf telaga air sempena perkahwinan Bella, Syed Saddiq

Bella dan Syed Saddiq terima hadiah daripada kelab peminat.

BAGI meraikan perkahwinan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kelab peminat pasangan itu menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakna buat mereka.

Menerusi perkongsian di Threads rasmi Team BASS Official (TBO), kelab peminat itu memaklumkan mereka mewakafkan sebuah telaga air untuk kegunaan penduduk kampung di Guinea, Afrika sebagai hadiah perkahwinan pasangan berkenaan.

“Salah satu hadiah perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah daripada TBO adalah wakaf telaga air untuk penduduk kampung di Guinea,” katanya.

Telaga hadiah istimewa TBO buat Syed Saddiq dan Bella.

Malah, TBO turut berkongsi video yang menunjukkan telaga berkenaan sudah siap dibina, selain nama Bella dan Syed Saddiq turut tertera pada papan tanda di lokasi berkenaan.

Berkongsi lebih lanjut, TBO memberitahu mereka mendapatkan bantuan pempengaruh Fila dan suaminya, Adama, bagi menguruskan pembinaan telaga tersebut.

Bagaimanapun, mereka pada awalnya menyangka seorang wanita dalam video yang diterima sedang memarahi seseorang sebelum dimaklumkan bahawa wanita itu sebenarnya sedang menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bersemut’ skrin tengok Syed Saddiq dukung Bella Astillah dan anak-anak, hati netizen pula berbunga-bunga!

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

“Kami minta tolong Fila dan suaminya, Adama, untuk membantu menguruskan pembinaan tersebut.

“Masa dapat video ini, kami tanya Fila kenapa makcik ini macam marah. Fila jawab mereka tak marah, dia sedang menyampaikan ucapan kesyukuran kepada semua yang berwakaf.

“Dia sangat berterima kasih sebab diberikan telaga air ini,” jelasnya.

TBO turut memohon maaf kerana kualiti video yang dikongsikan kurang jelas berikutan ia dirakam menggunakan telefon bimbit milik pekerja Adama di sana.

Penyatuan Bella dan Syed Saddiq gembirakan peminat.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa terharu dengan sumbangan berkenaan, selain berharap ia menjadi amal jariah yang berpanjangan buat pasangan tersebut.

Malah, ramai turut mendoakan agar rumah tangga Bella dan Syed Saddiq sentiasa dilimpahi kebahagiaan serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Pada 10 Oktober lalu, Syed Saddiq, 33, selamat bergelar suami kepada Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas sekian lama menjalin persahabatan rapat.

Artikel Lain