PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi Sabtu.Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq, 33, disatukan sebagai suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur. Majlis berkenaan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat pasangan pengantin.Bella manis mengenakan baju berona putih.Pasangan itu dinikahkan oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil wali bapa kandung Bella, Awang Astillah Abdullah atau Dullah.Pada majlis tersebut, Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM500 berserta tujuh dulang hantaran kepada Bella.Antara hantaran diberikan termasuk pelindungan insuran, emas berbentuk Gunung Kinabalu, gim peribadi dan kerusi urut, basikal, pakej pengajian, caruman sepanjang hayat berjumlah RM100,000 menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pakej umrah.ARTIKEL BERKAITAN: “Nasib baik tak terbaca doa makan” - Bella Astillah gemuruh depan bakal ibu mentua, sehari sebelum nikah Syed SaddiqARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq hitung detik nikahi Bella Astillah, teruja mulakan hidup baharuBella pula membalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya cincin yang ditempah khas, kasut mewah, e-buku dan kaca mata, coklat, emas berlambangkan Ironman Malaysia, beg komputer riba, senaskah al-Quran, set minyak wangi serta tiket pertandingan larian Ultraman Australia 2027.Kedua-dua mempelai tampil sedondon mengenakan busana berona putih yang mengetengahkan elemen Arab dan Islamik.Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin negara termasuk bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; serta bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.Gelagat Syed Saddiq jadi perhatian semasa majlis pernikahan.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, pada September 2016.Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula. Mereka kemudian berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.Hasil perkahwinan tersebut, Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.