suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gosip cinta dengan pemain biola? Amir Masdi baru kenal setahun, keluar berdua pun tak pernah

Amir jawab dakwaan bercinta dengan pemain violin.

PENYANYI Amir Masdi menjawab dakwaan yang kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain biola yang mengiringi persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Ogos lalu. 

Menepis perkara tersebut, Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 30, berkata gosip tersebut timbul selepas mereka berdua dilihat serasi di atas pentas bagi menjayakan penceritaan persembahan lagu Nurcinta.

"Sebenarnya dakwaan itu tidak betul. Saya dengan pemain biola berkenaan pernah bekerjasama beberapa kali sebelum ini untuk persembahan di RTM, Anugerah Seri Angkasa dan sebagainya.

Amir dan wanita tersebut hanya berhubung mengenai kerja sahaja. 

"Dakwaan saya ada hubungan istimewa dengan pemain biola itu memang tak ada. Kami hanya kawan dalam industri dan baru sahaja kenal dalam setahun.

"Mungkin orang nampak kami ada keserasian sebab jalan cerita Nurcinta malam itu mengisahkan percintaan dua darjah melibatkan saya sebagai raja atau putera dan dia sebagai puteri yang mana kami tidak dapat teruskan percintaan," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Amir turut menyangkal gosip kononnya mereka pernah keluar meluangkan masa bersama secara peribadi.

Tegas Amir, setiap pertemuan mereka hanyalah berkaitan dengan komitmen kerja semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak naik pentas, SOG pula terlupa sebut nama... Amir Masdi dedah cerita di sebalik tabir

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi akur gagal menang Vokal Terbaik AJL...“Saya fikir juri lebih tahu“

"Tak ada, saya tak pernah keluar berdua dengan dia. Kalau jumpa pun atas urusan kerja sahaja. Mungkin itu sekadar khabar angin," ujarnya. 

Ditanya mengenai statusnya ketika ini, Amir memaklumkan dia masih belum berpunya dan selesa memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan karier nyanyian.

"Status saya masih solo, saya belum terfikir hendak ada pasangan lagi buat masa ini," ujarnya tambahnya.

 

Artikel Lain