PENYANYI Amir Masdi menepis dakwaan kononnya timbul perselisihan faham antara dirinya dengan kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) susulan tidak naik ke pentas dan namanya juga tidak disebut ketika pengumuman kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 30, menjelaskan ketiadaannya itu bukan disebabkan berlakunya perbalahan, sebaliknya sedang bersiap sedia di belakang pentas untuk membuat persembahan. “Sebenarnya langsung tiada isu dengan SOG. Cuma ada dua insiden yang buat orang salah faham iaitu saya tidak naik pentas dan satu lagi mereka terlupa sebut nama saya.Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Pertamanya, saya tidak naik ke pentas sebab berada di belakang pentas waktu itu. Ada video saya kongsikan di Instagram di mana masa mereka tengah naik pentas, saya di belakang sedang memakai in-ear monitor dan turut meraikannya.“Ketiadaan saya adalah disebabkan selepas kategori itu adalah slot persembahan saya bersama Akim Ahmad dan juga Azlan. Jadi saya perlu bersiap dan menunggu giliran persembahan di belakang pentas,” katanya kepada mStar ketika ditemui di sidang media Showcase Amir Masdi di KLCC pada Rabu.Mengulas tindakan SOG yang tidak menyebut namanya sewaktu memberikan ucapan kemenangan, Amir berkata dia tidak berkecil hati dengan situasi tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Kesibukan kerja halang Amir Masdi nikah sebelum 30 tahunARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi akur gagal menang Vokal Terbaik AJL...“Saya fikir juri lebih tahu““Bagi diri saya secara peribadi, saya tidak ada apa-apa isu langsung. Kategori Kugiran Terbaik lebih kepada mereka menerusi lagu Mahkota, dan saya gembira kerana dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kategori itu. Mereka memang sangat layak.“Lagipun selepas sahaja turun pentas, mereka terus cari saya di bilik menunggu untuk jumpa dan raikan bersama, cuma ketika itu kami tidak sempat berjumpa,” ujarnya.Dalam pada itu, Amir menegaskan hubungan antara mereka masih akrab dan saling menyokong antara satu sama lain.Amir harap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi. “Dakwaan kata kami ada masalah itu memang tidak ada langsung. Kami kalau berjumpa di luar pun tetap berpeluk mesra macam biasa,” ujarnya.Sebelum ini, SOG dan Amir Masdi dinobatkan sebagai pemenang trofi kategori Kugiran Terbaik di pentas AIM25 menerusi karya kolaborasi mereka berjudul Mahkota.Bagaimanapun, kemenangan tersebut menjadi perbualan hangat warganet apabila kelibat Amir tidak kelihatan di atas pentas selain namanya didakwa langsung tidak disebut oleh anggota kumpulan itu sewaktu sesi ucapan penghargaan.