suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Masdi akur gagal menang Vokal Terbaik AJL...“Saya fikir juri lebih tahu“

Amir tidak terasa hati apabila tidak membawa pulang sebarang trofi.

PENYANYI Amir Masdi memilih untuk bersikap terbuka dan berlapang dada meskipun gagal menempatkan diri dalam kedudukan tiga terbaik mahupun merangkul trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Nur Cinta pada Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) pada Sabtu. 

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 30, berkata, dia sudahpun memberikan persembahan 110 peratus di atas pentas dan menyifatkan kepuasan menyanyi itu sebagai satu kemenangan peribadi buat dirinya.

Malah, Amir menjelaskan dia tidak berasa terkilan dan menghormati keputusan yang sudah ditetapkan oleh para juri. 

Persembahan Amir mendapat pujian ramai. 

"Secara peribadi untuk saya sangat gembira dengan persembahan itu. Sebaik sahaja turun pentas, saya cakap saya berserah sebab saya dah letak 110 peratus untuk persembahan ini. Apa-apa yang terjadi, saya tetap berlapang dada.

"Secara luaran memang saya rasa tak mengapa kalau tak menang sebab bagi saya, saya dah menang dengan cara saya bersembah tadi. Tahniah buat semua pemenang. Bukan rezeki saya tahun ini, insya-Allah kalau ada rezeki tahun depan saya akan cuba lagi," katanya kepada mStar

Mengulas mengenai pertikaian netizen yang menyifatkan persembahannya layak berada dalam senarai tiga teratas, Amir berpandangan bahawa juri mempunyai pertimbangan dan kriteria penilaian yang lebih arif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Takut mengidam, lebih stres“ - Amir Masdi jaga kuantiti makanan, kurangkan aiskrim demi AJL40

ARTIKEL BERKAITAN: Kesibukan kerja halang Amir Masdi nikah sebelum 30 tahun

"Saya hormati kesemua keputusan juri. Mereka lebih arif dan pakar dengan sistem penjurian untuk lagu secara teknikal, emosi, persembahan secara langsung, komposisi serta penulisan. Mesti ada sebab kenapa pemenang-pemenang itu mendapat keputusan sebegitu.

"Lagi pun ini adalah Anugerah Juara Lagu, bukan penyanyi semata-mata. Jadi ia lebih kepada komposer dan lagu itu sendiri. Saya fikir juri lebih tahu," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai impian memenangi Anugerah Vokal Terbaik yang masih belum berpihak kepadanya, Amir mengakui mengidamkan trofi berkenaan sekurang-kurangnya sekali dalam kerjaya seni mereka.

Amir mengidamkan trofi Vokal Terbaik. 

"Setiap kali AJL memang saya impikan untuk dapat trofi Vokal Terbaik. Saya rasa itu impian semua penyanyi, terutama yang membawakan lagu 'powerhouse'. 

"Tapi untuk kali ini saingan sangat sengit dan semua penyanyi buat yang terbaik. Bagi saya, asalkan saya dapat sampaikan mesej lagu dan menyanyi dengan bersih, saya dah lebih daripada gembira.

"Saya juga tidak sangka dapat standing oviation. Masa habis lagu saya ada tunduk, bila angkat kepala nampak ramai yang berdiri. Bagi saya itu antara detik paling istimewa dalam sejarah AJL saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain