suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Danial Kifli terima teguran Tok Ram...“Dia tak macam kita bercakap lemah-lembut“

Danial akan pegang ilmu yang diberikan Ramli.

PENYANYI Danial Kifli menganggap teguran juri jemputan, Datuk Ramli MS ketika pentas akhir Big Stage X Rocketfuel pada Ahad lalu sebagai lumrah dalam kehidupan seorang anak seni.

Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berkata, dia menerima teguran maestro muzik itu dengan hati terbuka kerana percaya ia diberikan berdasarkan kepakaran yang dimiliki Ramli dalam bidang nyanyian.

“Saya tak terasa, cuma saya rasa teguran itu betul. Kadang-kadang kita tak nampak kesalahan sendiri, tetapi orang yang pakar seperti Tok Ram nampak kesalahan itu.

Danial berpuas hati dengan kedudukan keenam dalam Big Stage X Rocketfuel.

“Apa yang saya boleh cakap, ada hikmah apabila dia tegur. Kalau tidak, saya mungkin tak nampak kesalahan saya. Jadi, saya akan cuba perbaiki apabila berada di luar nanti,” katanya.

Menurut Danial, dia tidak berkecil hati dengan setiap komen yang diberikan Ramli kerana menganggap teguran tersebut tidak menjurus kepada penghinaan terhadap dirinya.

“Setakat ini saya okay. Bagi saya, selagi tidak menghina dan tidak berbaur kejam, saya okay sahaja. Kalau saya pergi kelas vokal pun lebih kurang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli sertai Big Stage untuk ubah nasib keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya layak di tiga terbawah“ - Danial Kifli lega tak tersingkir, banyak masalah sebelum nyanyi jejas tumpuan

“Jadi, saya anggap itu sebagai proses untuk belajar dan memperbaiki diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Danial turut memahami karakter Ramli yang sememangnya dikenali sebagai individu yang tegas dan berterus terang ketika memberikan teguran.

Bagaimanapun, dia percaya setiap nasihat yang diberikan Tok Ram mempunyai tujuan untuk membantu peserta memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Tok Ram ini orang lama, dia tak macam kita bercakap lemah-lembut. Tetapi nasihat dia sebenarnya lemah-lembut, cuma pendengaran kita yang kasar. Dia pun ada memberikan kata-kata semangat di hujungnya.

Persembahan Danial gagal pikat hati juri.

“Pada saya, tenaga pengajar mempunyai karakter masing-masing. Ada yang lemah-lembut dan ada juga yang lebih straightforward

"Apa-apa pun yang mereka cakap, semuanya untuk memberikan semangat, kesedaran dan membantu kita menambah baik persembahan,” katanya.

Sebelum ini, Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram menjelaskan komen yang diberikan kepada peserta akhir Big Stage X Rocketfuel pada malam Ahad bukan bertujuan mengutuk atau memperlekehkan persembahan mereka.

Sebaliknya, Ramli berkata, teguran tersebut merupakan ilmu yang mahu dikongsikan kepada penyanyi baharu supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti persembahan pada masa akan datang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain