BINTANG Big Stage X Rocketfuel, Danial Kifli tidak pernah menjadikan kesusahan hidup sebagai alasan untuk mengalah biarpun dia pernah berkongsi beberapa ketul ayam goreng bersama adik-beradiknya.Pengalaman itu sebaliknya menjadi pembakar semangat buat Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berhijrah ke Kuala Lumpur bagi merealisasikan impian bergelar penyanyi. "Sewaktu ayah meninggal dunia umur saya baru 13 tahun. Adik beradik semua sekolah lagi. Saya tahu pengorbanan mak daripada segi kewangan. "Kadangkala kami adik beradik makan pun kena berkongsi. Dulu makan dua ke tiga ketul ayam goreng kongsi lima orang.Danial kini mendapat sokongan keluarga untuk bergelar penyanyi."Sekarang bila saya dah ada duit, saya rajin belanja keluarga untuk berkongsi rezeki," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Danial berkata, kehidupan keluarga yang serba kekurangan menyebabkan ibunya kurang bersetuju dia menceburi bidang nyanyian pada peringkat awal.Menurut penyanyi yang berasal dari Muar, Johor ini, ibunya bimbang kerjaya sebagai penyanyi tidak mampu menjamin masa depan yang baik selain menganggap bidang hiburan sukar menjana pendapatan yang stabil."Sejujurnya saya bukan berasal daripada keluarga senang. Apa yang saya buat, lepas SPM saya kerja sebagai penghantar makanan selama beberapa bulan, dalam masa sama saya jalankan hobi menyanyi. ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli tak mahu orang kenal kerana gimik murahan, gigih usaha atas bakat sendiriARTIKEL BERKAITAN: Wanita bergelar ‘Datin’ ajak buat perkara tak senonoh, Danial Kifli takut azab Allah"Daripada situ saya mula hasilkan duit daripada YouTube, tarik jumlah pengikut di media sosial. Berbekalkan 100 peratus wang sendiri, saya pergi ke Kuala Lumpur," ujarnya. Berkat usaha berterusan dan sokongan peminat di media sosial, Danial berjaya membina nama sebagai pencipta kandungan dan penyanyi muda sebelum melangkah lebih jauh menerusi pertandingan Big Stage X Rocketfuel.Katanya, perubahan positif dalam kerjayanya akhirnya membuka mata ibunya yang kini menjadi antara individu paling kuat memberikan dorongan."Mungkin dulu mak tak berkenan saya masuk industri hiburan tapi dia tidak menghalang saya menyanyi sambil-sambil cari kerja tetap. 10 peserta bakal bersaing di Big Stage X Rocketfuel."Alhamdulillah secara perlahan-lahan dia nampak perkembangan kerjaya saya, dia pun tak sangka cikgu-cikgu di sekolah tanya tentang saya. "Cikgu di sekolah macam tak percaya saya ini anak mak. Bila dia nampak perkembangan saya, dia tahu apa yang saya buat, dia restu dan beri sokongan dengan apa yang saya lakukan sekarang," katanya. Dalam perkembangan lain, Danial bakal bersaing dengan sembilan lagi peserta lain termasuk Sufie Rose, Filo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Sabrina dan duo Adam & Nazmie. Big Stage X Rocketfuel akan bersiaran bermula 28 Jun ini di Astro Ria pada pukul 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.TONTON VIDEO PILIHAN!