suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zed Zaidi tak malu buat rawatan wajah

Zed lebih berkeyakinana selepas jalani rawatan HIFU.

PELAKON dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, menganggap rutin rawatan wajah bagi selebriti lelaki bukan satu kesalahan dan tidak perlu disembunyikan.

Zed atau Rozaidi Jamil, 46, berpendapat artis perlu menjaga imej memandangkan diri mereka sendiri merupakan 'produk' yang dijual kepada khalayak dan penerbit.

"Kenapa nak malu? Sebagai artis, kami ini adalah produk yang menjual diri daripada segi bakat dan penampilan.

Zed berkongsi perubahan wajah selepas menjalani rawatan.

 "Jadi produk itu kena sentiasa dijaga supaya nampak kemas dan meyakinkan," katanya kepada mStar.

Zed yang secara terbuka berkongsi melakukan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) bagi kelihatan lebih runcing berkata, tidak salah melakukan rawatan muka secara rutin selagi mana tidak salah pada hukuman agama.

Malah, dirinya mengakui rawatan yang diterima tidak melibatkan sebarang pembedahan atau suntikan yang boleh mengubah bentuk wajah secara drastik.

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi kenal pelakon popular ditahan polis kes dadah, tak terkejut ditangkap lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi kekal Presiden, Seniman umum kepimpinan baharu

"Ini bukan cucuk-cucuk atau pembedahan plastik. Kita masih terikat dengan agama. Bagi saya, ia sama seperti melakukan rawatan muka biasa sahaja," ujarnya.

Berkongsi perubahan dirasai selepas menjalani rawatan tersebut, Zed memberitahu dia kini berasa lebih yakin selain terasa memiliki penampilan yang kemas.

"Sekarang rasa lebih menarik dan kemas. Bila imej terjaga, kita jadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai dan media secara tak langsung membantu dapatkan lebih banyak tawaran," kongsinya.

Penampilan Zed yang lebih muda di samping isterinya, Natalia (kanan) selepas menjalani rawatan HIFU.

Dalam masa sama, Zed mengakui penjagaan diri bukan semata-mata untuk kelihatan menarik, sebaliknya ingin memastikan dirinya sentiasa relevan dalam industri seni.

Malah, dia mengakui usaha tersebut merupakan sebahagian daripada persediaannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

"Sekarang ini saya sedang berbincang untuk satu filem baru. Saya kena kekal relevan dan sentiasa berada dalam industri.

"Saya pergi gim, jaga pemakanan dan buat rawatan wajah. Semua itu untuk memastikan saya sebagai produk sentiasa bersedia untuk industri," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain