suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran langsung Piala Dunia 2026

RTM mohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku ketika siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026.

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf kepada orang ramai susulan gangguan teknikal yang berlaku pada platform RTMKlik ketika siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Senegal pada pukul 3 pagi Rabu.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ashwad Ismail berkata, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesulitan yang dialami oleh penonton.

"Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku pada platform RTMKlik ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan antara Perancis dan Senegal pada pukul 3 pagi tadi. 

 

Kenyataan rasmi yang dibuat oleh RTM.

"Gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal luar jangka yang menyebabkan sebahagian pengguna mengalami kesukaran untuk mengakses siaran secara lancar melalui RTMKlik. 

"Pasukan teknikal RTM bersama pihak penyedia teknologi telah mengambil tindakan bagi memulihkan perkhidmatan dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan rasmi. 

Dalam pada itu, Ashwad menegaskan RTM memahami kekecewaan para peminat bola sepak yang menantikan perlawanan berkenaan dan menghargai segala maklum balas yang diterima sepanjang tempoh gangguan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki bola tak payah pening... Kini boleh layan Piala Dunia 2026 di RTM guna aplikasi MyGOV Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia… Pernah ditangkap tentera Israel pada 2010

Kata Ashwad, RTM akan terus memperkukuhkan aspek teknikal dan pemantauan sistem bagi memastikan siaran langsung sepanjang kejohanan dapat disampaikan dengan lebih stabil dan lancar kepada penonton di seluruh negara.

"RTM amat memahami kekecewaan para peminat sukan bola sepak yang menantikan perlawanan tersebut. 

"Pihak kami amat menghargai kesabaran, sokongan dan maklum balas yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berlaku. 

Perlawanan antara Perancis dan Senegal alami masalah teknikal di separuh masa pertama.

"Sebagai penyiar rasmi kejohanan paling berprestij dunia ini, RTM sentiasa komited untuk memastikan pengalaman tontonan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia," ujarnya. 

RTM sebelum ini dipilih sebagai penyiar utama Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia bagi memastikan akses tontonan yang lebih meluas dan inklusif kepada rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani.

Menurut Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, Unifi TV turut menjadi rakan penyiar untuk memperluaskan liputan siaran kejohanan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain