suria
mStar - Urban.Versatil

Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia… Pernah ditangkap tentera Israel pada 2010

Ashwad Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

BEKAS Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Berita gembira itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Dalam hantaran sama, Fahmi turut mengumumkan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.

Fahmi menyambut kedatangan Ashwad ke Kementerian Komunikasi.

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi!

“Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah,” tulisnya. 

Dalam perkongsian sama, Fahmi turut memuat naik beberapa foto mesra bersama Ashwad dan barisan pengurusan baharu jabatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi berita isu kompaun RM50,000, Astro Awani sedia beri kerjasama penuh kepada PDRM

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Israel

Beliau berharap pelantikan itu mampu memperkukuh lagi industri penyiaran negara dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, Ashwad merupakan sebahagian pengasas saluran Astro Awani pada tahun 2007.

Ashwad juga mememang jawatan sebagai Ketua Pengarang Astro Awani sejak lima tahun lalu.

Ashwad pernah berdepan serangan tentera Israel ketika bersama misi bantuan kemanusiaan.

Ashwad juga pernah dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Malah pernah menggantikan Datuk Mokhtar Hussain pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Iswami 2023-2025.

Pada 31 Mei 2010, Ashwad pernah berdepan serangan tentera Israel ketika bersama misi bantuan kemanusiaan diketuai kapal MV Mavi Marmara milik Yayasan IHH Humanitarian Relief Foundation dari Turkiye. 

Beliau ditahan selama lima hari di penjara Be’er Sheva, selatan Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain