suria
mStar - Urban.Versatil

Kamal Adli ‘sound’ Tareq Fit minta fokus ibadah puasa, jangan sibuk cari salah orang… “Cukup-cukuplah, kita di Malaysia hidup harmoni”

Kamal tegur sikap suka cari salah orang lain.

TINDAKAN Kamal Adli menegur personaliti media sosial, Tareq Fit agar memberi tumpuan kepada ibadah puasa nampaknya tidak diterima baik oleh individu berkenaan.

Menerusi hantaran di Threads, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, menasihati Tareq supaya tidak mempedulikan penghasilan lagu raya dalam kalangan pempengaruh yang berperwatakan lembut.

“Tak apa bang, fokus puasa je bang. Fokus Allah okay bang,” tulisnya di ruangan balas.

Kamal minta Tareq fokus ibadah puasa.

Bagaimanapun, Tareq secara tiba-tiba mempersoalkan kerjaya lakonan Kamal dan mendakwa aktor itu mencari rezeki dengan cara tidak halal kerana berlakon bersama wanita yang tidak menjaga aurat.

Tidak berdiam diri, Kamal tampil membalas kenyataan tersebut dengan menegaskan masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan tidak sering mencari salah sehingga berlakunya perbalahan.

Tegas Kamal, usaha menegur terutama melibatkan hal agama sesuai dilakukan oleh mereka yang pakar seperti ahli agamawan yang bertauliah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan sesama lelaki, Kamal Adli mohon maaf tarik rambut jurusolek

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap tak lupa… Kamal Adli selit nama Uqasha Senrose kejut sahur

“Kita dekat Malaysia ini hidup harmoni saja, semua orang hormat masing-masing dan agama masing-masing. Bukan kerja hari-hari bangun cari salah manusia, kubur lain-lain kan.

“Okaylah tu, dapat masuk televisyen saya tengok. Saya gembira tengok kemajuan, maaf kalau terasa.

“Cuma saya cakap cukup-cukuplah, ini bulan puasa. Fokus ibadah saja, jaga keluarga masing-masing. Kita ada ustaz, ada orang agama yang lebih layak,” ujarnya.

Tindakan Kamal itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dan mendakwa Tareq seakan-akan sukar menerima teguran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia