SELEPAS sebulan, pelakon Siti Saleha akhirnya terbuka mendedahkan wajah anak sulungnya, Indra kepada umum. Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Siti Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik satu gambar sesi fotografi bersama anak dan suaminya. Malah dia juga sempat memberi ucapan sempena sambutan Ramadan pada tahun ini. Joshua juga tampil dengan penampilan terkininya. "Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau," katanya di ruangan kapsyen pada Ahad.Pelakon ini turut memberitahu nama panggilan anaknya iaitu Indy. Dalam hantaran yang dilakukan, kelihatan suami Saleha iaitu Joshua Fitton tampil berimej baru dengan rambut pendek. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha selamat timang anak sulung, pilih nama IndraARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha teruja mulakan babak baharu sebagai Profesor Adjung Taylor UniversityUntuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga dengan Joshua pada 15 Februari 2025. Saleha berkongsi khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 13 Januari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube