suria

Siti Saleha teruja mulakan babak baharu sebagai Profesor Adjung Taylor University

Saleha bersedia untuk menyumbang segala pengalaman yang ada.

PELAKON Siti Saleha menyifatkan pelantikannya sebagai Profesor Adjung bagi program Sarjana Muda Seni Persembahan di Taylor University sebagai satu babak baharu yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Saleha, atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, berkata dia berasa teruja untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk menyumbang pengalaman serta ilmu dalam dunia seni persembahan.

"Terima kasih, Taylor’s Performing Arts atas penghormatan luar biasa ini. 

Saleha dipercayai sudah memulakan tugasnya.

"Saya benar-benar berasa rendah diri dan teruja untuk memulakan babak baru sebagai Profesor Adjung," katanya.

Saleha berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen hantaran foto pengumuman pelantikannya di Instagram.

Tambah Saleha, dia berharap tanggungjawab baharu itu akan menjadi ruang untuk saling berkongsi, belajar dan berkembang bersama pelajar serta para akademik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha bakal timang anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN:  [V] Netizen dakwa nampak ‘baby bump’ , Siti Saleha belum sedia kongsi berita gembira... Bakal ambil cuti rehat panjang

"Ia amat bermakna untuk dapat berkongsi, belajar, dan berkembang bersama minda-minda yang begitu menginspirasi. 

"Mari kita bentuk cerita-cerita yang melangkaui sempadan bilik kuliah!" luahnya.

Sementara itu, pihak Taylor’s University berharap kehadiran Saleha dapat menyuntik semangat baharu pelajar yang mengambil jurusan Sarjana Muda Seni Persembahan di pusat pengajiannya.

Saleha sedia untuk berkhidmat.

“Kami ingin mengalu-alukan pelakon Malaysia yang juga pemenang anugerah, Siti Saleha selaku Profesor Adjung kami!

“Berbekalkan pengalaman dalam industri televisyen dan perfileman, beliau bakal berkongsi pandangan dan menyuntik inspirasi untuk program Sarjana Muda Seni Persembahan.

“Selamat datang, Profesor Adjung Siti Saleha!” tulisnya.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain