suria

Ubai pesan golongan muda berbelanja ikut kemampuan, sebelum pandu Mercedes hanya guna kereta ‘second hand’

Ubai nasihat golongan muda berbelanja ikut kemampuan sendiri.

PERSONALITI media sosial, Ubai MZ menyeru orang ramai terutamanya golongan muda agar sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup mewah yang dipaparkan di media sosial.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, berkata, sebelum memiliki kereta, dia hanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian.

“Wahai adik-adik, belanjalah ikut kemampuan. Sebelum saya ada kereta, saya hanya guna motor. 

Kereta pertama Ubai dibeli pada 2021.

"Sampailah ada rezeki lebih, baru beli kereta pertama pada tahun 2021 iaitu Peugeot 408 second hand, waktu tu RM20,000. Saya beli secara tunai sebab tak mahu hutang,” katanya.

Ubai berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Khamis.

Bagaimanapun, hanya selepas tiga bulan menggunakan kereta tersebut, Ubai diuji apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk (total loss).

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji suami Shila Amzah kerja penghantar barangan, Ubai seronok jumpa ramai orang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hati Ubai ‘patah seribu’ dituduh pukul Shila Amzah

Tidak menjadikan insiden itu sebagai pematah semangat, Ubai bangkit bekerja lebih keras sehingga berjaya membeli kereta impiannya iaitu Mercedes-Benz.

“Saya kerja keras, barulah dapat beli kereta kedua, kereta idamanku dengan pinjaman.

“Rasa seronok sangat dapat pandu Mercedes, tapi dalam sebulan dua sahajalah. Lepas tu rasa biasa saja… dan sampai hari ini masih gigih bayar pinjaman,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain