suria

Cara penyampaian dalam Sembang Seram dikecam, Safwan Nazri tak malu mengaku penakut... "Mereka kata saya overreact dan gelabah"

Cara penyampaian Safwan di Sembang Seram menjadi bualan netizen.

PELAKON Safwan Nazri tampil menjawab kecaman yang diterima gara-gara gaya penyampaian dalam audio siar (podcast) Sembang Seram dianggap berlebihan dan kelihatan terlalu penakut. 

Safwan atau Muhammad Safwan Muhammad Nazri, 31, berkata pembabitannya dalam podcast berunsur seram itu bukan sekadar hiburan, malah bertujuan untuk menghadapi ketakutan yang wujud dalam dirinya sendiri.

Kata Safwan, berbeza dengan sesetengah kandungan seram lain yang sarat dengan elemen 'jumpscare' atau lokasi rakaman yang ekstrem, namun pendekatan yang diambilnya jauh lebih santai dan asli.

"Saya buat podcast ini pun sebab nak lawan ketakutan yang ada dalam diri saya. Kalau kita lihat semua podcast seram memang rata-rata orang yang berani. 

Safwan menerima segala maklum balas dengan hati terbuka.

"Ada tak orang penakut buat podcast seram? Sebenarnya ramai yang penakut jadi bila mereka tonton podcast saya, mereka boleh relate.

"Podcast saya tak ada jumpscare, tak ada hantu. Saya tak perlu shooting di dalam hutan waktu malam atau buat marketing jumpa hantu. Saya tak buat gimik langsung," katanya kepada mStar. 

Safwan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara perlawanan pickelball sempena ulang tahun mStar dan Suria FM yang diadakan di Mypickle Lifetime, Strand Mall, Kota Damansara pada Khamis. 

Ditanya mengenai reaksi negatif netizen, Safwan mengakui pada awalnya dia agak terasa hati apabila gaya penyampaiannya dijadikan bahan jenaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tercalon FFM33, Safwan Nazri anggap hikmah ujian isteri gugur semasa penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat obses hantar mantera sihir, 4 tahun Emma Maembong berdepan gangguan misteri

Namun, dia kini memilih untuk bersikap lebih terbuka dan positif terhadap kritikan.

"Kalau setakat kecaman biasa saya okay lagi, tapi apabila ada yang buat parodi mengajuk gaya buat acah-acah seram, tiru gaya hos tak relaks, mula-mula memang saya terasa. 

"Tetapi lama kelamaan saya fikir kecaman ini semua tak memberi kesan pun pada jumlah tontonan podcast saya. 

"Saya jadi lebih bersemangat dan ambil positif saja dengan kecaman diterima membuatkan orang lebih kenal podcast ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Safwan turut menyedari cara penyampaiannya mungkin tidak boleh diterima oleh semua pihak, namun dia hanya menjadi diri sendiri tanpa berpura-pura berani semata-mata untuk memenuhi jangkaan penonton. 

"Saya sedar ramai yang kecam cara penyampaian saya dalam podcast itu. Kata netizen saya ini 'overreact', gelabah dan penakut. 

Podcast Sembang Seram semakin mendapat perhatian ramai.

"Ramai yang kata saya ini penakut tetapi kenapa kawan-kawan saya tak kecam? Sebab mereka tahu saya memang betul-betul penakut. 

"Fasal hantu memang saya gelabah sikit," katanya.

Sebelum ini, Safwan pernah menjadi sasaran netizen apabila gaya penyampaiannya dalam podcast Sembang Seram disifatkan terlalu berlebihan, mudah panik dan kelihatan seperti dibuat-buat. 

Malah, ada yang memuat naik parodi meniru cara Safwan mengendalikan rancangan tersebut, sekali gus mencetuskan perdebatan di media sosial. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain