PELAKON Aedy Ashraf tidak pernah menerima hadiah pelik daripada peminat meskipun ada antara mereka sanggup mengejarnya di khalayak ramai.
Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, berkata situasi itu tidak pernah menimbulkan rasa marah kerana dia menghargai usaha peminat yang mahu bertemu dengannya.
“Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah terima barang aneh daripada peminat.

Aedy sentiasa hargai peminat.
"Cuma pernah kena kejar. Tapi saya hargai usaha mereka yang sanggup datang walau di mana pun mereka berada.
“Mereka kejar sebab nak tengok, nak pegang tapi saya okay saja," katanya kepada mStar.
Menurut Aedy tindakan tersebut merupakan perkara biasa dilakukan peminat, malah dia juga pernah berada di situasi itu sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tersenarai calon FFM34 beri semangat buat Aedy Ashraf, kembali selepas 20 tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Blood Brothers: Bara Naga raih 13 pencalonan di FFM34
"Kalau saya di tempat mereka pun mungkin sama, sebab dulu masa kecil bila terserempak dengan Datuk Rosyam Nor, saya sangat seronok,” katanya lagi.
Tambah Aedy, meskipun golongan selebriti dikelilingi peminat fanatik sehingga ada yang berani memberikan hadiah pelik, dia menganggap perkara itu sekadar gurauan.
Jelasnya, peminat berkenaan berkemungkinan mahu mendapatkan perhatian daripada artis kegemaran mereka.

Aedy faham dengan kerenah peminat.
“Mungkin ada yang nak prank saja, sebab nak dapat perhatian. Tapi saya percaya peminat saya yang sentiasa ada bersama tahu batas masing-masing,” jelasnya.
Sebelum ini, kecoh apabila terdapat selebriti memerima pelbagai hadiah mistik sehingga mendatangkan trauma.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


