suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amylea buang foto perkahwinan, humban arca tangan bersama bekas suami dalam tong sampah

Amylea memaklumkan sudah bercerai dengan Muhammad Aqbar.

SELEPAS mengumumkan berita perceraian, penyanyi Amylea Azizan bertindak memadam semua foto serta kenangan bersama bekas suami, Mohammad Aqbar.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Amylea, 39, dilihat memadam gambar-gambar perkahwinannya sebagai simbolik untuk memulakan fasa baharu dalam hidup.

"New beginnings (kehidupan baharu)," tulisnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut. 

Amylea memadam semua memori bersama bekas suami.

Lebih mencuri perhatian, Amylea turut memilih lagu Thank U, Next nyanyian Ariana Grande sebagai muzik latar yang menggambarkan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Malah, penyanyi berkenaan juga dilihat membuang arca ukiran genggaman tangan yang dipercayai milik mereka berdua. 

Pada ukiran arca tersebut tertera tulisan nama 'Amy X Ash' (bekas suami) yang dilihat dibuang terus ke dalam tong sampah dipercayai dibuat untuk menutup kisah lama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amylea Azizan sah bercerai, masih kekal hubungan baik dengan bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘video call’ suami, Amylea akui bukan mudah hubungan jarak jauh... Bagi amaran kepada penyondol cuba ganggu rumah tangga

Amylea sebelum ini mendedahkan dia dan suaminya telah berpisah, namun tidak berkongsi tarikh sebenar perceraian.

Dalam kenyataan pada 12 Oktober lalu, penyanyi berkenaan hanya memaklumkan tempoh idahnya telah berakhir.

Untuk rekod Pada 27 November 2023, Amylea sah bergelar isteri kepada Mohammad Aqbar atau lebih mesra disapa Ash namun merahsiakan tarikh sebenar pernikahannya. 

Pasangan ini menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan anggota bomba di Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain