SELEPAS menerima pelbagai tuduhan dan kecaman di media sosial, pelakon Puteri Balqis akhirnya tampil menjelaskan status dua jejaka yang sering dilihat bersamanya.
Balqis atau lebih mesra disapa Aqish berkata, lelaki yang dikenali sebagai Faris merupakan bapa tirinya, manakala seorang lagi lelaki bernama Didi adalah tunangnya.
"Faris adalah ayah tiri saya, tapi saya tak suka panggil dia ayah tiri. Dia ialah insan yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa. Dan ini pula, Didi tunang saya," katanya.

Antara perkongsian Aqish mengenai keluarganya.
Aqish menjelaskan perkara itu dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya pada petang Rabu yang memaparkan dia bersama Faris dan Didi.
Kata Aqish, sebelum ini ruangan komen di media sosial miliknya dipenuhi pelbagai tuduhan termasuklah dakwaan kononnya dia dan ibunya menjalinkan hubungan terlarang sesama ahli keluarga.
Mengulas lebih lanjut, Balqis menyifatkan tuduhan tersebut sebagai kejam terutama setelah apa yang dilaluinya selama ini.
Dia turut meluahkan rasa hormatnya kepada Faris yang dianggap matang dan bertanggungjawab terhadap dirinya dan ibu walaupun pada usia muda.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kutuk Puteri Balqis selekeh, ‘private’ akaun lepas kena 12 kecaman
ARTIKEL BERKAITAN: Makin cantik sampai netizen samakan seperti Megan Fox... Puteri Balqis tetap nampak wajah ibu
"Faris sebenarnya sudah menjadi rakan baik kepada saya dan ibu selama lapan tahun, sebelum bertukar status sebagai suami ibu dan bapa tiri kepada saya.
"Kedua-duanya Faris dan Didi adalah orang asing yang langsung tiada pertalian darah dengan saya, tetapi kami secara kebetulan mempunyai rupa paras, personaliti dan estetika yang hampir sama," luahnya.
Berkongsi mengenai hubungannya bersama Didi, Aqish berkata awalnya agak sukar untuk dia menjelaskan keadaan keluargnya memandangkan ibunya mengelami gangguan mental.

Aqish sebelum ini menerima kecaman netizen.
"Dulu ketika saya mahu jelaskan keadaan keluarga saya pada Didi agak nak pecah sebab ibu saya perlukan masa kerana ada hari dia kelihatan normal untuk beberapa jam atau hari, tapi ada masa dia seperti kanak-kanak atau seorang tentera.
"Dia ada gangguan kesihatan mental yang sangat teruk, tapi nasib baik keluarga mentua memahami keadaan kami.
"Ibu saya bukan beban, cuma cabarannya berbeza menjaga seseorang yang selama ini melalui begitu banyak pengalaman hidup yang perit," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


