VIDEO istimewa yang dibuat khas pelakon Nora Danish sempena meraikan ulang tahun ke-35 lelaki didakwa sedang bertakhta di hatinya dikenali Mickey Ayo mengundang senyuman yang menonton.
Berkongsi video itu di InstaStory miliknya pada Rabu, Nora dilihat menggabungkan beberapa momen indah mereka berdua dalam video khas itu.
Malah kelibat Nora dalam beberapa pertemuan bersama Mickey menerusi video itu seolah-olah menguatkan lagi hubungan yang sedang terjalin.

Gosip antara Mickey dan Nora (kanan) mula diperkatakan netizen sejak September lalu.
Antara detik manis yang mencuri perhatian adalah ketika Nora dan Mickey berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) serta momen mesra di tepi pantai.
Sehingga kini kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai keakraban hubungan mereka walaupun ramai yang menantikan pengumuman gembira pasangan itu.
Sebelum ini, Nora yang juga ibu tunggal dua cahaya mata, pernah menerima kecaman netizen selepas didakwa terbabit dengan strategi 'cheap marketing'.
ARTIKEL BERKAITAN: Tukar hadiah kasut dan jam… Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo jadi tanda tanya
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar main pickeball bersama, netizen setuju hubungan Nora Danish dan Mickey Ayo
Kontroversi itu tercetus apabila Nora berkongsi foto seorang lelaki berkopiah dipercayai Mickey sebelum memuat naik pula gambarnya mencium kopiah milik individu berkenaan.
Tidak lama selepas itu, Mickey muncul dalam sepotong video berbaju Melayu lengkap bersamping, sambil memegang sekeping kad undangan tertera huruf 'M' dan 'N' serta tarikh pernikahan, 8 September.
Susulan kekecohan yang timbul, Nora kemudian tampil menjelaskan tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung, selain menafikan pembabitannya dalam sebarang kempen pemasaran berkaitan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


